PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA


Kepentingan pengetahuan tentang pengajian ilmu ketamadunan di seluruh dunia, baik di Amerika, Eropah, Asia mahupun di Afrika dilihat penting setelah pengisytiharaan yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-Satu melalui UNESCO 2001 sebagai "United Nations' Year of Dialogue Among Civilizations". Dialog di antara peradaban dan kajian serta amalan mengenainya harus dilakukan dengan kadar yang segera berikutan berlakunya tragedi serangan pada 11 September 2001 terhadap World Trade Center, New York yang seolah-olah membenarkan teori Huntington, "clash of civilizations" atau pertentangan tamadun. Kesinambungan dari perkara tersebut telah menimbulkan pelbagai siri konflik dan keganasan berdarah di dunia antara kumpulan budaya, pemeluk agama dan mazhab satu agama yang berbeza. Antaranya ialah di Palestin antara penganut Islam, Kristian dan Yahudi; di Ireland, konflik berdarah antara pemeluk agama Kristian daripada Mazhab Katholik dan Protestan; di Sudan dan di Indonesia antara pemeluk agama Kristian dan Islam dan sebagainya.



Pengajian tentang pelbagai tamadun manusia amat relevan pada masa ini terutamanya dengan keadaan masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah masyarakat majmuk dan etnik terbesarnya iaitu Melayu, Cina dan India. Malaysia dapat disifatkan sebagai sebuah masyarakat majmuk yang stabil secara relatifnya dan mempunyai kesamaan masyarakat majmuk di Kota Madinah pada era awal kedatangan Islam dari sudut mempertahankan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan. Dari sudut sejarahnya, etnik Melayu merupakan kelompok masyarakat nukleus yang boleh menjamin kesejahteraan dan kestabilan masyarakat majmuk Malaysia secara keseluruhannya. Untuk menjaga integriti masyarakat majmuk tersebut, cabaran-cabaran semasa perlu ditangani secara berhemah. Antara langkah yang boleh diambil ke arah usaha murni tersebut ialah mengisi semangat kemerdekaan dengan pengisian yang positif dan berkesan melalui penghayatan sejarah negara sebelum dan selepas kemerdekaan.

Jurang kebudayaan dan pencapaian ekonorni yang boleh memisahkan pelbagai etnik dalam masyarakat majmuk Malaysia juga merupakan suatu cabaran serna sa yang perlu ditangani secara penuh kesedaran kerana ia merupakan suatu isu sensitif. Walau bagaimanapun ia boleh diatasi dengan pembentukan kebudayaan Malaysia sebagai teras yang boleh menyatukan semua etnik di Malaysia, tanpa menafikan kebudayaan etnik yang bersifat individu atau berbeza di antara satu sarna lain.

Sejarah membuktikan bahawa hubungan antara kaum dalam masyarakat Malaysia adalah penting untuk mengecapi keamanan dan kemakmuran. Penjajahan British di Tanah Melayu secara langsung telah menyumbang kepada polarisasi kaum, iaitu pemisahan kaum mengikut budaya dan kerjaya. Manifestasi polarisasi antara kaum dapat dilihat pada peristiwa 13 Mei 1969, iaitu selepas 13 tahun kemerdekaan Malaysia. Peristiwa ini terjadi disebabkan ketegangan hubungan antara kaum Melayu dengan Cina sehingga banyak mengorbankan nyawa pada kedua-dua belah pihak (Ezad Azraai Jamsari et al., 2005: 220). Polarisasi kaum ini wujud disebabkan tiada interaksi positif antara kebudayaan besar Melayu dengan Cina yang membentuk majoriti rakyat Malaysia. Penjajah tidak mengintegrasikan kaum Cina ke dalam masyarakat bumiputera yang sebahagian besarnya merupakan orang Melayu. Masyarakat Cina menguasai perniagaan dan perlombongannya, manakala masyarakat Melayu masih melakukan kerja-kerja kampung. Keadaan ini telah mencipta jurang budaya dan ekonomi yang berterusan walaupun langkah pembaikan dilakukan terhadap sistem pendidikan dan ekonomi selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan pada tahun 1970an untuk mengintegrasikan masyarakat Cina ke dalam masyarakat Melayu yang merupakan kaum majoriti melalui perubahan sistem pendidikan daripada penggunaan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, namun usaha ini masih kurang berhasil. lni disebabkan peratusan atau jumlah sekolah aliran Inggeris lebih banyak berbanding dengan sekolah aliran Melayu. Malahan, sebahagian besar daripada sekolah aliran Melayu terpaksa ditutup disebabkan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris tidak wujud untuk lulusan sekolah Melayu melainkan selepas penubuhan institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970 (Zainal Abidin et aI, 1996 : 385-388).




Selain dasar pendidikan, dasar ekonorni negara selepas merdeka juga tidak membantu ke arah mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia. Dasar ekonorni negara seperti Rancangan Malaya Pertama (1956-60) dan Rancangan Malaya Kedua (1961-65) tidak memberi penekanan kepada perlaksanaan dasar yang boleh menyebabkan integrasi kaum berlaku. Kerajaan tidak melibatkan diri secara berkesan untuk mengawal ekonomi pasaran bebas, malahan negara masih bergantung pada eksport dan import dengan negara bekas penjajah. Akibat kebergantungan tersebut, negara tutut merasai kesan kemelesetan ekonorni dunia akibat pengurangan permintaan getah dan bijih timah di pasaran dunia. Kesan kemelesetan ekonorni dunia menyebabkan perubahan berlaku terhadap pembentukan dan perlaksanaan dasar ekonomi negara. Perubahan tersebut ditujukan kepada realiti ekonomi negara yang boleh mengimbangkan jurang ekonorni antara kaum. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibentuk merupakan titik tolak penting perubahan ini kerana ia bertujuan menutup jurang ekonorni antara kaum (Abdul Shukor dan Hassan, 1982 : 310-317).

Konsep kebudayaan Malaysia perlu diasaskan kepada beberapa prinsip yang untuk semua ras atau penganut agama. Semua agama atau kebudayaan mempunyai nilai persamaan dan perbezaan, nilai persamaan tersebut perlu dikembangkan dan dijadikan prinsip. Nilai semua agama dan kebudayaan boleh dilihat dari dua aspek penting iaitu kebendaan dan kerohanian atau spiritual yang dilihat atau dihayati secara berbeza-beza oleh semua agama dan kebudayaan. Apabila kebendaan dipisahkan daripada nilai kerohanian atau spiritual atau apabila nilai spiritual disamakan dengan nilai ritual, sahaja, ketegangan dan keretakan masyarakat berlaku seperti yang dapat dilihat pada Peristiwa 13 Mei.

Secara ringkasnya beberapa pendekatan wajar diberikan perhatian dalam memastikan pembentukan sebuah negara Malaysia yang harmoni:

(a) Memahami realiti amalan dan penghayatan Islam. Satu hakikat yang jarang difahami oleh kebanyakan orang bukan Islam ialah bahawasanya Islam merupakan satu cara hidup (way of life) yang mencakupi semua bidang kehidupan. Islam bukan setakat upacara ibadat pemujaan Tuhan di masjid dan di tempat-tempat khusus pada masa-masa tertentu sahaja. Selain itu, penganutnya boleh melakukan segala kegiatan dalam bidang ekonomi, politik, rekreasi, budaya, pentadbiran dan pemerintahan mengikut mana-mana peraturan buatan manusia. Sebaliknya Islam mengatur segala aspek kehidupan manusia secara individu dan kolektif.

(b) Menangani perbezaan dan interaksi dalam suasana pluraliti etnik, budaya dan agama menerusi pandangan tamadun Islam. Perbezaan ini boleh ditangani secara mematuhi prinsip kebebasan beragama dan mengelak tiga gejala buruk, iaitu:

i. Extremism atau pendirian melampaui batas pertengahan dan keseimbangan apabila mentafsir dan melaksanakan sesuatu peraturan atau hukum secara ekstrem.

ii Chauvanism atau ta'sub apabila menganggap fikiran dan cara sendiri atau kumpulan sendiri adalah terbaik dan paling benar dan fikiran orang atau kumpulan lain tidak benar dan mesti ditolak dan ditentang.
iii Fanaticism atau membabi buta (menghampiri psikosis) dalam mengikuti dan melaksanakan sesuatu cara, pendapat dan pendekatan sendiri tanpa mempeduli bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat dan cara orang lain.

(c) Kefahaman tentang ilmu ketamadunan boleh memberikan kefahaman yang jelas tentang landskap budaya dan negara bangs a Malaysia yang mempunyai pluraliti budaya, etnik dan agama hasil warisan sejarah. Ia merupakan titik mula untuk memupuk keinsafan yang kukuh tentang keperluan membina kehidupan bersama secara harmonis secara bersatu padu.


KESIMPULAN

Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri dalam membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun yang mampu bertahan untuk jangka mas a yang lama namun sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Begitu juga dengan tamadun Malaysia yang meletakkan asas pembinaannya yang berteraskan kepada polarisasi kaum, ras dan bangs a bagi membina acuan tamadun Malaysia itu sendiri.

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes