Lesen Memandu di Malaysia

 step-lesen
Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-
i)      Lesen Memandu Pelajar (LDL)
Diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
ii)   Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percumaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

iii)   Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

iv)   Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

v)   Permit Memandu Antarabangsa (IDP) 
 Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.
 lesen06llesen02lesen-memandu
Kelas

Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
• A - Kenderaan orang cacat
• B - Motosikal melebihi 500 cc
        o B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
        o B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
• C - Motosikal roda tiga
• D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
• E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
        o E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
        o E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
• I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg


Cara-cara Mendapat Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia
Pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (jenis kecil) tanpa apa jua masalah.


Menurut perjanjian Konvensyen Geneva (1949), kemudahan ini telah dipersetujui oleh negara-negara yang menandatanganinya.

Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke nagara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motosikal bagi merantau tempat-tempat di sana.
Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Jenis golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak polis trafik dan lain-lain semasa berada di sana.
Apa proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini? Anda hanya perlukan:

i)  Lesen domestik original Kelas B2 atau D shah (yang hidup sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih).
ii)  Kepingan fotostat (dua belah) lesen tersebut di atas.
iii)  Kad pengenalan asal dan fotostat (dua belah).
iv)  2 keping gambar passport.
v)  Mengisi Borang JPJ L1.
vi)  Bayaran RM150 setahun.
Pergi saja ke mana-mana pejabat J.P.J di seluruh negeri untuk mencapai lesen antarabangsa anda. Boleh juga anda ke pejabat A.A.M (Automobile Association Malaysia) untuk mendapatkan lesen jenis ini. Kemudian serahkan lesen domestik kepada J.P.J. Seseorang itu tidak di izin mempunyai 2 lesen pada sesuatu masa. Kalau anda tidak lagi memerlukan penggunaan lesen antarabangsa ini lagi, bolehlah anda ke pejabat J.P.J untuk dapatkan kembali lesen domestik anda. Harus diingatkan lesen antarabangsa berharga RM150 setahun di banding dengan lesen domestik yang cuma RM30 saja.
latihan20parking4lesen01

Bagaimana Memperbaharui Lesen Antarabangsa Malaysia
Syarat-syaratnya adalah:

1) Lesen itu hanya boleh diperbaharui di Malaysia sahaja.
2) Sediakan 2 keping gambar warna berukuran “passport”.
3) Bawa lesen antarabangsa Malaysia yang hampir tamat tempohnya.
4) Isi borang tertentu yang boleh di dapati di kaunter.
5) Bayaran adalah RM150 untuk setahun.


Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes