Penulis : Saberi Pendi
(Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan , Sarawak)
Pengenalan
Pada mutakhir ini, masih terdapat
etnik yang mengalami pergolakan konflik yang telah berlarutan sejak bertahun
yang lalu. Jika suatu ketika dahulu dunia digemparkan dengan konflik Bosnia
Herzegovina, namun pada masa sekarang masih berlaku konflik etnik iaitu di
Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ialah Etnik Rohingya
beragama Islam yang telah melalui pelbagai penindasan dan kekejaman pihak
kerajaan Junta.
Masalah mereka bukan sekadar
perbalahan politik yang berlaku seperti di Mesir dan Syria, ia juga bukan sekadar
perbalahan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Tetapi yang lebih besar
ialah ia merupakan masalah penghapusan etnik bagi etnik Rohingya. Selama
beberapa tahun etnik Rohingya telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di
bumi Myanmar. Mereka ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan dan
lain-lain. Bantuan yang diberikan oleh penduduk dunia juga tidak semuanya telus
disampaikan kepada orang Rohingya ini.
Setiap hari orang-orang Rohingya ini
berhijrah mencari tempat yang lebih selamat untuk diduduki.Lebih ramai
wanita-wanita dirogol oleh tentera Junta setiap hari. Masalah mereka tidak
diberikan perhatian dan telah diabaikan selama bertahun-tahun.Malah tiada
sebarang tindakan yang sistematik untuk melindungi dan mempertahankan mereka
supaya hidup sejahtera di bumi ini.
Faktor
Isu
Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya
Terdapat lima faktor penyumbang kepada isu keganasan dan
penindasan etnik Rohingya telah dikenalpasti
iaitu tidak diakui kewarganegaraannya , dikriminasi agama, sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya, undang-undang ‘Citizenship Law (1982)’, dan ketidakpedulian
segelintir masyarakat dunia.
Faktor pertama ialah Myanmar
tidak
akui dan mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai warganegara dan rakyatnya
kerana kumpulan itu memasuki negara tersebut pada kurun ke-19 ketika
pemerintahan Britain. Menurut Perlembagaan
Myanmar, hanya keturunan Bengali dan anak mereka sahaja yang tinggal di negara
tersebut sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948, yang dianggap sebagai
warganegara. Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara
rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara
tersebut.
Faktor kedua iaitu dikriminasi agama Islam
oleh penganut agama uddha. Hal
ini kerana masjid
tidak diperbaiki, penggantian masjid
dengan pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakan mereka dihadkan, dan pemaksaan
keluar dari Islam dan menganut Buddha. Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan
memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi,
dirogol dan sebagainya. Umat
Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan
selebihnya adalah penganut Buddha. Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta
dan terdapat sebanyak 173 etnik .Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama
Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddha.
Pelarian Rohingya ditahan ketika
memasuki negara Thailand.
Faktor ketiga iaitu sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya dalam sejarah Burma. Ahli-ahli sejarah Burma sendiri
menyatakan bahwa suku bangsa Rohingya belum pernah ada dalam sejarah Burma,
dan nama Rohingya muncul setelah tahun 1950 dan belum pernah ada sebelumnya. Oleh karena itulah, pemerintah
Burma menolak kewarganegaraan mereka.State Law and Order Restoration Council
(SLORC) telah menyisihkan Rohingyas kerana Rohingya adalah muslim dan agama
Buddha mendominasi Burma. Ini merupakan satu diskriminasi terhadap orang-orang
Islam.
Faktor keempat iaitu undang-undang ‘Citizenship Law (1982)’ menyisihkan etnik ini. Pada 1982
pemerintah Junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan ‘Citizenship Law
(1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya apabila hanya 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai
warganegara.Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan
junta. Akibatnya tentera Rohingya
mengalami penyisihan tidak dilayan
dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak
berperikemanusiaan.
Faktor terakhir ialah ketidakpedulian
segelintir masyarakat dunia. Negara jiran seperti Bangladesh menolak kemasukan pelarian Rohingya dalam sempadan negara mereka. Mereka tidak mengakui
Roinga merupakan bangsa serumpun dengan mereka. Dasar Bangladesh
telah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa.
Tindakan Banglades menghantar pelarian tersebut semula ke Myanmar
lebih menyukarkan pelarian apabila ditindas semula oleh
junta Burma.
Kesan Isu Keganasan dan Penindasan
Etnik Rohingya Kepada Masyarakat dan Negara
Isu keganasan dan penindasan
etnik Rohingya telah memberi kesan kepada masyarakat dan negara kita. Walaupun ianya tidak berlaku di negara ini, namun
kesannya amat besar kepada masyarakat dan negara ini.
Antara kesan yang jelas sekali ialah kebanjiran pelarian etnik ini di negara Malasia. Bagi mereka, negara Malaysia merupakan lokasi yang selamat untuk mencari perlindungan dengan menggunakan kad pelarian UNHCR. Mereka dibenar untuk bekerja di negara ini. Namun
terdapat laporan dari media maya yang mengatakan isu pelarian Rohinga menjadi
pengemis di jalanan.
Kedatangan pelarian Rohingya dalam jumlah yang banyak memerlukan kem
pelarian yang besar dan mempunyai kelengkapan yang cukup bagi menampung keperluan
pelarian ini. Ini memberi kos
perbelanjaan yang besar kepada kerajaan dan UNHCR. Namun ianya
bukan beban kerana menjadi tanggungjawab sosial dan kemanusiaan
negara ini membantu pelarian tersebut.
Selain itu, isu ini mengeruhkan hubungan antara dua agama
iaitu Islam dan Buddha. Isu ini boleh memberi gambaran negatif kekejaman penganut Buddha teradap umat Islam. Pertempuran
sering berlaku antara orang Islam Rohingya dan penganut Buddha yang
menyebabkan ramai orang Islam Rohingya kehilangan tempat tinggal. Walaupun berbeza kaum, namun atas nama sama agama umat Islam
negara ini mengutuk keras tindakan kejam penganut agama Buddha terhadap etnik Muslim .
Ianya sedikti sebanyak melahirkan rasa benci
antara penganut dua agama ini.
Nilai
kemanusiaan juga semakin hari semakin luntur
dalam masyarakat. Isu penindasan seperti ini
seakan sudah menjadi kebiasaan dan masyarakat tidak terlalu ambil peduli mengenai isu ini. Hasil
pemantauan perincangan di forum Cari Gold di laman maya jelas bersetuju dengan tindakan
kejam dan tiada perikemanusiaan oleh junta Burma terhadap etnik Rohingya.
Cadangan Cara
Mengatasi Isu Keganasan
dan Penindasan Etnik Rohingya
Terdapat beberapa cadangan cara
untuk mengatasi isu ini iaitu kerajaan Malaysia seharusnya menyuarakan
permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan
sebagainya. Seterusnya menagmbil inisiatif sistematik dan berterusan agar
Rohingya dapat mendapatkan kewarganegaraan mereka.
Selain itu, masyarakat
dunia perlu menggesa junta Burma menghentikan penindasan dan kekejaman ke atas orang-orang
Rohingya dengan secepat mugkin sebelum lebih ramai lagi nyawa yang melayang.
Penyiasatan hendaklah dilakukan secara menyeluruh bagi menentukan kedudukan
sebenar orang-orang Rohingya.
Peranan Association of Southest
Asian Nation (ASEAN)
untuk bersuara dan meminta kerajaan Junta menghentikan penyiksaan ini amat
perlu kerana Myanmar merupakan salah satu anggota ASEAN. Kerajaan Junta pula
mesti menyiasat kembali undang-undang yang telah digubal
khususnya Citizenship Law (1982) dan dimansuhkan. Oleh itu
masyarakat Rohingya dapat diiktiraf sebagai warganegara.
Aung San Su Kyi yang pernah memenangi anugerah
Hadiah Nobel yang melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi
manusia untuk mainkan peranan yang lebih jujur dan komited serta bertegas
dengan kerajaan di Rangon untuk menghentikan kezaliman ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Rohingya sebenarnya bukanlah
satu ancaman kepada Myanmar. Perkara ini semakin berlarutan kerana orang-orang
Buddha di Myanmar tidak menerima orang-orang Islam di sana. Masalah ini
berlarutan kerana pertubuhan seperti ASEAN tidak memandang berat perkara ini.
Sepatutnya mereka meneliti setiap masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota
ASEAN bukan kearah memperkasakan ekonomi sahaja tetapi soal kemanusiaan, dan
keprihatinan patut dititik beratkan. Masalah orang-orang Rohingya jika tidak
diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan terhapus dan ini juga
mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia. Semua pihak patut ambil peranan
dan memperjelaskan isu ini kepada Myanmar supaya mereka mengetahui akan
kezaliman yang dilakukan mereka.
Rujukan