Tiga Wilayah Nusantara Yang Masih di Dalam Kemelut Perang

Di sini kami sertakan tiga negeri di Nusantara kita sendiri yang masih dalam kemelut peperangan demi membebaskan kedaulatan negara mereka dan demi memartabatkan pentadbiran mutlak Islam ke dalam negara mereka, dalam waktu kegawatan masalah di timur tengah, khususnya dunia arabia, sebenarnya alam kita sendiri pun masih di dalam kemelut peperangan kemerdekaan, sayangnya, perhatian sangat kurang diberikan kepada wilayah-wilayah ini walaupun sebenarnya mereka ini lebih hampir dengan kita berbanding dunia arabia yang jauhnya beribu-ribu batu dari kita..


Fikirkan..

Selatan Siam

Wilayah Narathiwat (nama asal: MENARA), Wilayah Songkhla (nama asal: SINGGORA), Wilayah Patani (nama asal: FATANI DARUL SALAM), Wilayah Yala (nama asal: JALA), Wilayah Satun (nama asal: SETUL)



Kesultanan Patani



Gerakan Patani Merdeka



Keempat-empat wilayah Selatan Siam (Menara, Singgora, Setul dan Jala) asalnya adalah di bawah pentadbiran Kesultanan Fatani Darul Salam, Fatani Darul Salam pula asalnya merupakan negeri anak kepada Kedah Darul Aman, Kedah pula kemudiannya diserang oleh Siam dan menjadi sebahagian dari Siam. Pada tahun 1909 Siam membuat perjanjian dengan Inggeris menghadiahkan wilayah negeri Kedah (nama Siam: Saiburi), Perlis (nama Siam: Palit), Kelantan (nama Siam: Kalantan) dan Terengganu (nama Siam: Tarangkanung) kepada Inggeris, tetapi wilayah penguasaan Kedah iaitu Fatani (serta 4 wilayah disebutkan awal tadi: Menara, Singgora, Setul dan Jala) kekal secara mutlak di dalam penguasaan Siam, menamatkan terus Kesultanan Fatani.

Ketika Perang Dunia Ke-dua, Siam berbaik dengan Jepun dengan tujuan ingin mendapatkan semula Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dari tangan Inggeris, tetapi perjanjian dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Inggeris dan negeri-negeri Melayu, Siam memberikan Jepun laluan darat untok menggerakkan tenteranya memasuki Tanah Melayu dengan perjanjian bila Jepun dapat mengalahkan Inggeris di Tanah Melayu, Jepun akan memberikan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis semula kepada Siam, Jepun bersetuju. Ke-empat empat wilayah ini diberikan kepada Siam apabila Jepun berjaya menghaposkan Inggeris di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun setelah tamat Perang dunia ke-dua, Siam memberikan semula Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan kepada Inggeris. Ke-empat empat negeri ini kemudiannya diberikan "kemerdekaan" pada 1957 menjadi "Malay"sia.

Sejak 1909 sehingga kini, Kesultanan Fatani ditamatkan oleh Siam, dan lima wilayah ini terbang seperti layang-layang di dalam pentadbiran Siam tanpa arah tuju. Ini yang membangkitkan banyak gerakan-gerakan "separatist" di Selatan Siam dan mengapa Selatan Siam masih lagi di dalam peperangan, MEREKA INGIN MEMERDEKAKAN SELATAN SIAM DARIPADA "THAI"LAND.

Secara sejarah, geografi, etnis dan agama, Selatan Siam sepatutnya menjadi sebahagian daripada kita, daripada catitan sejarah, Kesultanan Fatani merupakan "client state" kepada Kedah dan merupakan negeri di bawah jagaan Kedah.

Tetapi kenapa tiada bantuan dari pihak kita?

Fikirkan saudara-saudara, sedang di sebelah sempadan kita masih lagi berperang, tetapi kita di sini sibuk berperang sesama sendiri.

Nanggroë Aceh Darussalam (sebutan: Nangrue) / Keurajeun Aceh Darussalam (sebutan: Kurajaan) / Daerah Istimewa Aceh



Bendera asal Kesultanan Aceh Darussalam (Keurajeun Aceh Darussalam) 1496-1903



Bendera GAM (Gerakan Aceh Merdeka)



Secara sejarahnya Aceh merupakan sebuah negeri yang sangat kuat, di waktu era kolonial Belanda di Belanda Hindia Timur (sekarang Indonesia), Aceh merupakan satu-satunya negeri bebas terakhir yang diserap ke dalam kolonial Belanda, perang Aceh-Belanda yang berterusan selama 30 tahun (1873-1903) merupakan perang kolonial terpanjang di dunia. 1903 menandakan tamatnya Kesultanan Aceh dan Aceh diserap ke dalam kolonial Belanda, tetapi resistansi rakyat Aceh ke atas pemerintahan Belanda tetap berterusan sehingga Belanda terpaksa memberikan perhatian lebih kepada pertahanan dalaman di Aceh, resistansi tetap tidak berhenti sehinggalah Belanda dikalahkan oleh Jepun pada 1943. Rakyat Aceh sangat dikenali dengan sifat berani mereka, konservatif islam serta patriotik mereka, mereka tidak rela negeri mereka dijajah!

Setelah tamat perang dunia ke-dua, Jepun memberikan semula Hindia Timur Belanda kepada Belanda tetapi pada waktu ini kesemua negeri-negeri bekas kolonial Belanda telah mula mempunyai sentimen nasionalisme yang sangat kuat sehingga Belanda terpaksa memberikan kemerdekaan maka Republik Indonesia dihasilkan. Dari sini sebuah lagi masalah bakal timbul.

Republik Indonesia di mana politik dan pemerintahannya dikuasai sepenohnya oleh golongan pro-Jawa di Batavia (kini Djakarta) sangat tidak menyenangkan kebanyakkan wilayah-wilayah lain, terutama Aceh. Aceh tidak berpuas hati kerana mereka menyangka Aceh akan diberikan kemerdekaan berasingan oleh Belanda, tetapi Belanda dan ahli-ahli pro-Sukarno membuat perjanjian rahsia tanpa pengetahuan pihak Aceh, perjanjian bertulis di mana keselurohan negeri-negeri di bawah penguasaan kolonial Hindia Timur Belanda diberikan hak sepenohnya kepada Republik Indonesia. Secara teorinya, Aceh juga akan menjadi sebahagian daripada Republik Indonesia. Ini menimbulkan rasa amarah yang sangat rakyat Aceh. Menambahkan lagi masalah seterusnya kerana Republik Indonesia enggan menjalankan hukuman berlandaskan syariah seperti yang dimahukan rakyat Aceh. Di waktu era Sukarno demi memuaskan hati rakyat Aceh Sukarno memberikan kuasa autonomi berasingan kepada Aceh maka pada masa itu Aceh diberi gelaran "Wilayah Istimewa Aceh" ini berterusan di bawah pemerintahan Sukarno, tetapi pada 1976 ketika era Suharto, ekonomi Aceh yang kaya dengan gas asli dan minyak dipercayai banyak disalurkan ke kerajaan pusat Indonesia di Jawa, tetapi rakyat Aceh dibiarkan menderita, dalam kontekts ini (kekayaan bumi dicuri tetapi rakyatnya menderita) tidak berpuas hati lagi rakyat Aceh mula memberontak ke atas pentadbiran Indonesia, beberapa gerakan "separatist" telah diasaskan antara yang paling terkenal adalah "Gerakan Aceh Merdeka", gerakan ini mempunyai senjata militari dan kuasa politik yang kuat di Aceh, hampir kesemua rakyat Aceh mengangkat senjata mereka demi membebaskan Aceh daripada Indonesia.

Perang berterusan di antara Indonesia dan Aceh pada 1976-2005, pada masa ini Aceh dikenali sebagai Nanggroë Aceh Darussalam. Bermaksud entiti berasingan. Perang tetap berterusan di antara Indonesia dan Aceh sehinggalah sewaktu tsunami melanda Aceh, tsunami yang telah meragut 1/3 nyawa rakyat Aceh, serta banggunan turut musnah telah memaksa "GAM" daripada menghentikan operasi militari mereka terhadap Indonesia, pada 2006 Indonesia dan Aceh menandatangani perjanjian tamat perang dan Aceh diserap kembali menjadi sebahagian daripada Indonesia.

Walaupun begitu gerakan "separatist" bawah tanah tetap berterusan, menantikan saat sesuai untok memerdekakan semula bumi Aceh, TANAH RENCONG!

Golongan wanita juga tidak ketinggalan mengangkat senjata, inilah keberanian rakyat Aceh, mewarisi darah pusaka Cut Nya' Dien (srikandi Aceh sewaktu era perang Aceh-Belanda) terkenal dengan kata-katanya: "Sebagai seorang wanita Aceh, pantang sekali kita menitiskan ayer mata kepada orang yang telah syahid matinya, tetapi kita harus terus bersemangat, demi menghapuskan Kaphe Ulanda dari bumi Aceh terchenta".


Kesultanan Sulu Darul Islam / Bangsa Sug (Tausug) / Mindanao (Selatan Filipina)



Bendera Kesultanan Sulu



Geografinya kepulauan Luzon adalah pulau ke-dua terhujung utara timur nusantara yang majoriti etnisnya berketurunan nusantara, pulau paling utara adalah Taiwan (yang kini telah dirampas China di mana juga adalah pulau beretniskan majoriti nusantara). Luzon punyai sejarah yang sangat pahit, sejak pelayaran Magellan ke Luzon, Sepanyol telah mencipta empayar kolonial mereka pada kurun ke-16, asalnya kawasan utara dan tengah Luzon ini adalah di bawah jajahan Empayar Kesultanan Brunei, melalui dua perang, di mana perang pertama Sepanyol tewas di tangan Brunei, akhirnya melalui perang ke-dua, Brunei melepaskan jajajahan Luzon utara dan tengah kepada Sepanyol.

Sepanyol yang sangat terkenal dengan sifat konservatif kristiannya telah mengubah keselurohan populasi utara dan tengah pulau Luzon menjadi komuniti Kristian (walaupun asalnya kebanyakkan mereka telah diislamkan sewaktu ekspansi Kesultanan Brunei ke Luzon), di selatan Luzon adalah kawasan yang dikenali sebagai Mindanao, kawasan ini berada di bawah penguasaan Kesultanan Sulu, pada kurun ke-15 dan 16 Kesultanan Sulu bersaing dengan Kesultanan Brunei untok mengawal perairan Selat Borneo. Kesultanan Sulu punyai wilayah dari Mindanao (selatan Luzon) sehingga ke bahagian timur Borneo Utara (kini dikenali Sabah), manakala Kesultanan Brunei punyai wilayah dari Sarawak, bahagian barat Borneo Utara dan Luzon tengah (Bisaya) serta Utara (di mana ke-dua dua ini telah diberikan kepada Sepanyol pada perang Brunei-Sepanyol ke-dua).

Setelah memperolehi Luzon tengah dan utara, Sepanyol meminta "klaim" untok memiliki Mindanao dari Sulu, tetapi Sulu enggan, ini menimbulkan perang di antara ke-dua dua ini dan akhirnya Kesultanan Sulu serta Mindanao juga diserap ke dalam kolonial Sepanyol. Walaupun berada di dalam kolonial Sepanyol, Kesultanan Sulu diberi autonomi yang berbeza, memandangkan mereka satu-satunya jajahan kolonial Sepanyol di Luzon yang berteraskan Islam dan juga mempunyai pentadbiran sendiri, ini membuatkan ketika perang revolusi Filipina pada 1898-1899 menentang Sepanyol, Sulu dikecualikan di dalam konflik ini. Pada 1899 Sepanyol memberikan kemerdekaan kepada Filipina dan Republik Filipina dihasilkan. Dalam masa yang sama Sepanyol juga sedang berperang dengan Amareka Syarikat, demi menamatkan perang, Sepanyol telah menandatangani perjanjian memberikan Republik Filipina kepada Amareka (walaupun sebenarnya Filipina sudah merdeka), ini membangkitkan rasa marah rakyat Filipina dan juga Sulu. Maka pada 1901 perang Amareka-Filipina-Sulu pun tercetus di mana diakhir dengan Filipina serta Mindanao diserap oleh Amareka Syarikat. Perang Amareka-Filipina-Sulu adalah kempen berasingan, satu kempen di utara (Filipina) dan satu lagi kempen di Selatan (Mindanao), perang Sulu-Amareka juga digelar sebagai "Moro Rebellion", Moro adalah gelaran orang-orang Mindanao yang beragama Islam, ianya berasal daripada bahasa Sepanyol iaitu "Moor" (Muslim).

Ketika Amareka Syarikat memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada 1946, Mindanao serta Sulu diberikan kepada Republik Filipina, ini membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat Mindanao dan Sulu secara khususnya, yang ingin mengasingkan Mindanao serta Sulu daripada Republik Filipina dan menghidopkan kembali Kesultanan Sulu Darul Islam.

Beberapa gerakan "separatist" diasaskan untok memerangi Republik Filipina, antara yang paling dikenali tentunya "Abu Sayyaf".

Banyak halaman web yang mencheritakan mengenai kerinduan bangsa Tausug akan era gemilang Kesultanan Sulu mereka serta web propaganda demi memerdekakan Sulu daripada tangan Republik Filipina.

Secara teorinya, Filipina dan Sulu masih lagi berperang, dan ianya tidak akan tamat selagi Sulu tidak dibebaskan dari Filipina.

-nuxantara-
Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes