Asal Usul Nama Kapit


KAPIT. Salah satu bahagian di Sarawak yang terbesar. Bahagian Kapit merangkumi Daerah Kapit, Daerah Song dan Daerah Belaga.

Majoriti penduduk di sini adalah Iban diikuit Cina dan Melayu. Kapit amat terkenal dengan pengeluaran kayu balak, dabai dan durian.

Bermula dari pembinaan Fort Kapit oleh Rajah Charles Brooke pada tahun 1880 untuk menyekat oran Iban berpindah keluar dan rentetan konflik dengan Orang Ulu.
Fort Kapit kemudiannya ditukar nama menjadi Fort Sylvia. Walau bagaimanapun, bandar ini kekal dengan nama Kapit.
Menurut orang-orang tua, terdapat dua buah cerita yang dapat mengisahkan asal-usul nama Kapit.
Versi 1
Pada masa dahulu, banyak rumah panjang yang diperbuat daripada buluh (‘kepit’ dalam bahasa tempatan pada masa itu) didirikan di tepi sungai-sungai.
Apabila orang luar ingin pergi ke rumah-rumah panjang, mereka akan berkata, "Kami ngagai rumah panjai kepit".
Lama-kelamaan, sebutan Kepit berubah menjadi Kapit dan akhirnya diterimapakai untuk merujuk tempat Kapit sekarang.
Versi 2
Dalam cerita lain, seorang pegawai Brooke sampai di Kapit pada tahun 1861. Apabila tiba di tempat itu, dia berasa lapar lalu mengarahkan seorang penduduk tempatan untuk membeli sedikit makanan.
Pegawai itu gembira dengan perkhidmatan tersebut dan menyuruh orang itu supaya menyimpan baki duit dengan berkata, "Keep it".
Sejak peristiwa itu, sebutan ‘keep it” menjadi buah mulut penduduk setempat dan berubah bunyi menjadi Kapit dalam sebutan penduduk tempatan.

Rujukan :
-http://abanmessi.blogspot.my/2014/03/asal-jerita-kapitsarawak-pekan-kapit.html
-Page Facebook : Kapit , Sarawak
http://indahrasajmalim.blogspot.my/2011/01/sepagi-di-kapit.html
-https://www.youtube.com/watch?v=ENBoy5KlmYY

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes