Lingkin Pisang Makanan Tradisi Sarawak


Hanya mengambil situasi masyarakat di Sarawak, lingkin mungkin tidak ketahui apakah bentuk dan rasanya bagi generasi baharu lebih-lebih lagi anak-anak yang membesar di bandar. Nak 'claim' sebagai makanan asal Sarawak tidak berani sebab penulis tidak pasti dari mana asalnya makanan ini.
Tapi tidak bagi orang tua / dewasa . Makanan yang diwarisi dari turun temurun ini agak sukar didapati.
Kenapa? Hal ini disebabkan pembuatan lingkin pisang agak leceh dan memerlukan kesabar serta tidak boleh lalai.

Lingkin pisang diperbuat daripada buah pisang yang sudah matang. Buah pisang yang majoriti menjadi pilihan adalah dari jenis pisang emas atau lebih dikenali pisang ketil oleh penduduk Sarawak di sekitar Bahagian Kuching ,Samarahan , Betong & Sri Aman. Bahagian lain mungkin juga memanggilnya serupa nama itu juga.
Pisang ketil dihuris nipis secara leper / bentuk bujur dan diletak di atas talam.
Hanya berbekalkan kesabaran dan tidak boleh lalai, pisang ketil yang sudah diletak di dalam talam tadi seterusnya di jemur di atas atap rumah ataupun mana-mana kawasan yang tinggi dan terdedah kepada matahari. Diletak di tempat tinggi bagi mengelak diganggu /dipijak binatang.
Biasanya, selepas lebih 3 hari dijemur mengikut keadaan cuaca, lingkin pisang tadi sudah boleh dimakan. Semasa proses menjemur, kita kena peka dengan hujan dan mana-mana gangguan.

Bagi yang menggemari lingkin pisang, mereka lebih suka menggoreng lingkin pisang tadi dengan tepung untuk dijadikan cucur. Tapi, boleh juga dimakan begitu saja...
Baiklah..anda boleh cuba di rumah. Selamat mencuba.

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes