Umat Islam Russia berang Mahkama Russia arah terjemahan al-Quran dimusnahkan

Moscow: Mahkamah Russia baru-baru ini mengarahkan agar terjemahan kitab suci al-Quran dimusnahkan setahun selepas larangan kontroversi terhadap koleksi hadis klasik dan buku mengenai Nabi Muhammad (SAW) dikeluarkan.

“Umat Islam Russia sangat berang dengan keputusan mahkamah itu,” kata wakil ketua dewan mufti Russia, Rushan Abbyasov sebagaimana dipetik daripada OnIslam minggu lalu. Jika arahan itu dilaksanakan, anggota dewan mufti memberi amaran akan berlaku tunjuk perasaan bukan saja di Russia, malah juga di seluruh dunia.

“Kita bercakap mengenai al-Quran yang akan dimusnahkan,” katanya.
Mahkamah di Novorossiysk, selatan Russia Selasa lalu mengarahkan agar terjemahan al-Quran ahi teologi Elmir Kuliyev dimusnahkan. Mahkamah berpendapat, terjemahan al-Quran itu dilarang mengikut undang-undang antipelampau di Russia. - Agensi

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes