KEWUJUDAN NAGA BERDASARKAN ISLAM

Tulisan asal : Fauzi Jibril
Abdurrazaq dan Ibnu jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkaa,”Sesungguhnya Iblis menawarkan dirinya kepada setiap binatang melata, agar dapat membawanya masuk ke Syurga dan berbicara kepada Adam dan isterinya. Namun semua haiwan menolak permintaannya.
Lalu dia berkata kepada ular "Aku akan melindungi dirimu dari gangguan Adam dan engkau ada dalam jaminanku jika engkau memasukkanku kedalam Syurga" Maka ular itu membawa Iblis diantara dua taringnya lalu masuk kedalam Syurga. Tadinya ULAR INI BERJALAN DENGAN KAKINYA,lalu Allah menjadikannya BERJALAN DI ATAS PERUTNYA.”
Ibnu Abbas berkata,”Maka bunuhlah ular dimanapun kamu terserempak dengannya. Pendamlah makhluk yang pernah mendapat jaminan dari musuh Allah itu.” (Luqthul Marjan fi Ahkamil Jaan, Imam Suyuthi, edisi terjemahan hal 178)
Iblis memberikan kedudukan "special" kepada bangsa ular disebabkan jasa2 depa yang pernah diberikan di langit yang telah membantunya untuk berjaya menghasut sejurus mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga. Ular tersebut diletakkan (sebagai yang dekat dengan Iblis) di istananya dan ular yang terkuat di Dunia ini adalah ULAR NAGA.

Naga Sekarang Adalah "Panglima" Istana Iblis Di Lautan:

Imam Ahmad berkata bahawa telah bercerita kepadaku Yunus dari Hammad bin Salamah dari Ali dari Abu Nadhrah dari Abu Said bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda kepada Ibnu Shayyad:“Apa yang kamu lihat? Dia menjawab, aku melihat singgasana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa ular. Maka Rasulullah bersabda: sesungguhnya, dia telah melihat singgahsana Iblis.” (HR.Ahmad)
Ibnu Shayyad adalah tokoh yang sakti  di zaman Rasulullah yang memiliki Kasyaf Syaithani yang matanya mampu untuk menembus alam jin dengan bantuan Iblis karena kekeramatannya para sahabat bahkan sampai menganggap Ibnu Shayyad ini adalah Dajjal..Ibnu Shayyad dalam hadis pernah diuji oleh Rasulullah mengenai Kasyaf Syaithaninya, kerana memang Ibnu Shayyad adalah salah satu kahin (dukun) maka dapat melihat Istana Iblis yang dijaga oleh ular-ular naga.
Bahkan disebabkan berjasanya ular naga bagi Iblis, tidak segan para Jin untuk merubah diri mereka menjadi ular disetiap kesempatan ketika bertasyakul (mengalij rupa). Rasulullah bersabda: “Ular-ular itu adalah jin yang mengubah rupa dan bentuknya sebagaimana Bani Israel yang berubah bentuk menjadi rupa monyet dan babi” (H.R. Thabrani dengan sanad yang sahih)

Kewujudan Naga/Ular Daripada Bangsa-bangsa  Jin:

Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :

"Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (sepertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ULAR dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)"

Kesimpulan
Secara ringkasannya,Naga atau Ular Naga asalnya adalah haiwan daripada Syurga yang mempunyai kaki serta berjalan biasa namun,setelah berkerjasama dengan Iblis,bangsa-bangsa ular tersebut telah diusir dari Syurga serta dilaknat oleh Allah S.W.T ada yg hilang kakinya dan ada yg masih mempunyai kesaktian serta menjadi panglima kerajaan Iblis..sejak ribuan tahun dahulu lagi,Naga telah hadir dlm kehidupan manusia sejurus ia diagung-agungkankan,disembah malah makhluk yg ditakuti oleh masyarakat zaman dahulu dan mengenai keberadaannya juga telah dicatit dlm beberapa kitab/manuskrip dan sebagainya (spt dlm gambar).
Maka tidak hairanlah kenapa NAGA muncul di dlm banyak budaya-budaya di dunia terutama di China,Jepun,Vietnam dan Korea dimana Naga diagungkan sbg pembawa tuah. Menurut kepercayaan mat saleh,Naga adalah makhluk jahat yang boleh mengeluarkan api dari mulutnya,tetapi tidak semestinya semua naga itu jahat,masih ada yg baik,Naga yg dilaknat sahaja yg menjadi pengikut Iblis.
Ukiran Naga juga terdapat di Masjid Demak,Indonesia serta di pedang Rasulullah SAW iaitu Al-Rasub serta di pedang Ottoman pd abad ke 13-14 dan banyak lagi ukiran naga yg terdapat pada tempat dan barang dalam sejarah Islam.
Adakah naga adalah makhluk ghaib? Jika semua ini benar,jawapannya adalah ya,ia makhluk ghaib,dia adalah sejenis ULAR,pendek kata naga adalah moyang kepada ular samada yang ada kaki atau tidak..mungkin naga tu besar  serta naga-naga sekarang menjadi panglima di istana Iblis sepertimana Imam Ahmad berkata bahwa telah bercerita kepada Yunus dari Hammad bin Salamah dari Ali dari Abu Nadhrah dari Abu Said bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda kepada Ibnu Shayyad:“Apa yang kamu lihat? Dia menjawab, aku melihat singgasana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa ular. Maka Rasulullah bersabda: dia telah melihat singgahsana Iblis.” (HR.Ahmad)

Penutup
Sebelum itu,harus diingati bahawa apa yg saya tulis dalam ini  tidak semestinya benar 100%,ini hanya kajian dari sumber yg berangkai & pelbagai,so jgn la kecam saya. Hanya ingin berkongsi pendapat. Kebenaran yang sebenar-benarnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui
sekiranya terdapat apa-apa yang bertentangan dengan syariat mohon diperbetulkan..kita manusia hanya mampu mengkaji,mendalami dan meneka secara logik yang kita mampu,selebihnya hanya Allah S.W.T Pencipta Sekalian Alam yang mengetahui segalanya..
Wallahualam..

*Gambar naga diambil drpd manuskrip yg berusia ratusan tahun iaitu kitab Al-Bulhan & Ajaib Al-Makhluqat Wa Gharaib Al Mawjudat kira2 pd abad ke 11-12.

Rujukan: Ayahanda Sepuloh

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes