Nama restoran yang sedang naik namanya di Sarawak terutama di bahagian Kuching-Samarahan-Betong-Sri Aman kini menjadi buah mulut penggemar udang galah yang besar.
Restoran ini sering dikunjungi orang-orang kenamaan dan mendapat galakan daripada YB Hajah Nancy binti Haji Shukri. Restoran ini juga pernah mendapat liputan TV1.
Pemilik restoran , Haji Bakri merupakan pengusaha yang berasal dari Kampung Gumpey , Simunjan , Sarawak. Oleh itu nama restoran itu dinamakan Mi Udang Gumpey.
Bekalan udang didapati daripada nelayan di Gedong , Simunjan iaitu Encik Mubin bin Haji Jahwi dan nelayan lain. Udang yang segar diperolehi oleh pengusaha restoran bagi memastikan kualiti udang dan keenakan apabila dimasak.
Mi Udang terdiri daripada tiga gred :
Mi Udang A : RM20
Mi Udang B : RM15
Mi Udang C : RM8
Gambar : Mi Udang C
Hubungi : Facebook : M.U.G-Mi Udang Gumpey .
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.