Sejarah Bendera Sarawak

Bermula pada zaman pemerintahan Raja Putih Sarawak pertama, James Brooke, bendera St George telah digunakan sebagai bendera Sarawak pada tahun 24 Sep 1841 sehingga 21 Sep 1848.
Pada tahun 1845, hasrat untuk memastikan Sarawak memiliki bendera sendiri telah diputuskan, namun ia terpaksa ditangguhkan sehingga 21 September 1848.

Reka bentuk bendera pertama Sarawak dihasilkan oleh Rajah Pertama. Ia terdiri daripada sebuah palang setengah ungu dan merah, berlatar belakangkan warna kuning. Bentuk asal bendera ini berasal dari Armorial Bearings. Kuning dijadikan lambang diraja Borneo. 
Setelah selesai membuat lakaran, James Brooke memohon kepada Lord Palmerston dan Earl Grey (Menteri Hal Ehwal Luar dan Menteri Tanah Jajahan) pada 1845, meminta kebenaran dan pengiktirafan terhadap kerajaan Sarawak dan mengibarkan bendera Protektorat. 
Pada 1846, Lord Palmerston memaklumkan kepada James Brooke bahawa permohonan masih dalam pertimbangan kerajaan England. Pada bulan Mac tahun berikutnya, James Brooke sekali lagi memohon dan 3 bulan berikutnya, Lord Palmerston membalas dengan khabar gembira.
Namun Sarawak terpaksa menunggu 15 tahun lagi  untuk mendapat bendera rasmi dan pengiktirafan dari kerajaan England sebagai sebuah negara dan 35 tahun lagi (Jun 1888) sebelum Britain dapat menjamin naungannya. 
Setelah bendera itu berjaya dirasmikan, Rajah Pertama melahirkan rasa kesal kerana tidak memasukkan Union Jack bersaiz kecil di dalam rekaan bendera Sarawak.

Pada 7 Mei 1870, warna biru pada palang bendera Sarawak telah ditukar kepada hitam oleh Raja Putih kedua, Charles Brooke kerana terdapat keraguan warna palang ungu dan diperjelaskan semula oleh beliau dalam surat sebagai biru dan merah dan bukannya ungu dan merah.  Penggunaan bendera ini telah dirasmikan pada 26 September 1870, iaitu tarikh lahir bagi Rajah Muda Sarawak Charles Vyner Brooke. 
Bendera tersebut digunakan sehingga tanggal 30 Jun 1942 kerana pendudukan Tentera Jepun pada masa itu sehingga tahun 1946. 
Setelah Tentera Jepun menyerah kalah, bendera Sarawak telah ditukar kepada jata negara dalam bentuk Blue Ensign apabila Sarawak diserahkan dibawah naungan Mahkota British pada 1 Julai 1946. 
Walaubagaimanapun semasa pembentukkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, Sarawak kembali menggunakan bendera Versi tahun 1870 dan dikibarkan bersebelahan dengan Bendera Persekutuan.
Sehinggalah pada tanggal 31 Ogos 1973, bendera Trisakti telah mengambil alih sempena ulang tahun penyertaan Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu yang ke-10. Bendera Trisakti telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub dan beliau sendiri telah mencipta bendera tersebut. Namun begitu, bendera ini dikatakan mirip bendera Republic Czech.
Pada 31 Ogos 1988, bendera Sarawak ditukar sekali lagi pada ulangtahun ke 25 Sarawak bersama Malaysia dan kekal sehingga ke hari ini.

Rujukan

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes