Nang Betawi Nang Nyaman!

Lemang Betawi berbeza dengan lemang buluh. Dari mana sejarah makanan ini tidak dipastikan dengan jelas kerana makanan ini boleh didapati di kawasan Nusantara. Namun terdapat pihak mengatakan makanan asalnya dari Orang Asli.
Lemang Betawi tidak dimasak menggunakan buluh. Lemang Betawi dikukus. Bahan-bahannya adalah beras pulut, santan dan garam. Bagi menambah rupa lemang, ditambah pewarna mengikut kehendak tukang masak.
Lemang Betawi dibungkus dengan daun pisang. Daun pisang ini dipanaskan dengan haba api bagi mengelakkan daun pisang pecah apabika digulung.
Proses mengukus lemang Betawi mengambil masa 3 hingga 4 jam. Lemang Betawi juga boleh dipanggang selepas dkukus bagi mendapatkan aroma panggang dan rasa 'hangus' sedikit.

Lemang ini bukanlah lagi makanan di masa perayaan atau keraian sahaja kerana boleh didapati pada hari biasa.
Di Sarawak, lemang Betawi boleh didapati di Satok, Kuching dan Simunjn, Samarahan. Bahagian lain penulis tidaklah berapa pasti. Cara mencarinya mudah sahaja, buka media sosial Facebook dan taip pada ruang pencarian..."Lemang Betawi". Di situ anda akan juga para pembekalnya.

Harga lemang Betawi sebatang sekitar RM2 hingga RM3. Sedap dimakan begitu sahaja. Boleh juga dicecah dengan susu dan kari. Cecah kicap? Belum lagi mencuba.

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes