Anda sedang tidur, kemudian anda terjaga. Apabila anda ingin bangun
dari tidur, tiba - tiba badan anda tidak dapat bergerak, otak anda
menghantar isyarat untuk bergerak tetapi kaki dan tangan tidak bergerak
walau seinci. Semakin anda meronta, semakin susah anda bergerak. Anda
ingin menjerit, tetapi suara anda tidak dapat dikeluarkan. Terasa
seperti anda sedang ditindih sesuatu.
Menurut David McCarty, seorang pengkaji fenomena tidur di Louisiana
State University Health Sciences Center's Sleep Medicine Program,
menerangkan, ketika manusia tidur, mereka cenderung untuk memikirkan
tentang pelbagai perkara (berangan) dalam bentuk berperingkat dan
disusun seperti plot dalam penceritaan. Jadi apabila mereka dalam
keadaan tidak sedar, setiap motor sensory dalam badan akan berinteraksi
dari tindak balas angan - angan tadi sehingga satu tahap dimana
terlalu banyak signal dihantar ke otak menyebabkan badan mereka
menjadi lumpuh sementara (dikenali sebagai atonia)
Sumber : KLIK
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.