Bila aku terbaca berita harian Metro hari ini 07 Feb 2013, rasa sebak, rasa sedih dan di situ aku berfikir...alangkah beruntungnya kita yang sihat ini.
Kepada rakan-rakan dan pembaca entri ini, marilah kita berdoa semoga mak cik Rabiah Baser cepat sembuh dan diberi kelangsungan hidup yang baik oleh Allah S.W.T. Amiin.
Sedutan berita dari Harian Metro..
Alor Setar: Akibat terlalu lama terlantar di tempat tidur disebabkan penyakit reput tulang, hidup seorang ibu tunggal cacat penglihatan dan miskin semakin sengsara apabila seluruh tubuhnya kini bernanah manakala tengkuk dan punggung mula berulat.
Rabiah Baser, 56, yang tinggal di Flet Simpang Kuala, di sini, hanya terbaring sejak terjatuh di rumahnya pada November tahun lalu dan dia kini dijaga anak bongsunya, Mohd Ikhlas Yahya, 14.
Rabiah berkata, kesempitan hidup, kecacatan dan penyakit dialaminya menyebabkan dia tidak mampu bekerja untuk menampung kehidupan serta menguruskan keluarga.
“Saya bernasib baik kerana mempunyai jiran yang menghantar bubur nasi untuk makanan harian dan saya bersyukur kerana anak bongsu sabar serta tabah menjaga saya,” katanya.