AMSTERDAM 6 Mac - Bekas anggota Parti Kebebasan, yang berhaluan kanan dan berfahaman anti-Islam Belanda, Arnoud van Doorn (gambar), mengejutkan ramai pihak dengan mengumumkan dia telah memeluk Islam baru-baru ini.
Van Doorn yang juga merupakan rakan karib pemimpin parti itu, Geert
Wilders, sebelum ini pernah mengakui dia keluar daripada parti tersebut
pada penghujung 2011.
Menurutnya, dia mahu melakukan perubahan dengan mengumumkan
keputusannya kepada dunia melalui pengucapan kalimah Syahadah yang
dimuat naik dalam laman Twitter miliknya.
"Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah," katanya dalam laman sosial itu.
Van Doorn turut mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa dia kini 'memulakan kehidupan baharu sebagai seorang Islam.'
Dalam wawancara bersama Al-Jazeera.net, van Doorn mengesahkan berita mengenai tindakannya itu.
"Sesiapa yang mengenali saya secara dekat boleh meneka keputusan
saya. Lebih setahun saya mendalami Islam melalui buku dan ceramah.
"Ramai yang terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya," katanya.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas dia mendalami Islam tanpa paksaan.
"Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, saya melihat setiap
pengalaman hidup ada sebab yang tersendiri dan pengalaman saya sangat
berkait rapat dengan keputusan saya," katanya. - AGENSI
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.