Cuti satu minggu untuk anak-anak bersama-sama dengan keluarga. Bagi ibu bapa di luar sana, adakah anda sudah merancang aktiviti yang menarik dan sesuai untuk anak-anak anda sepanjang cuti ini? Kebanyakan daripada kita memilih untuk pergi bercuti keluar dari tempat kediaman seperti balik ke kampung datuk dan nenek , dan ada juga pergi melancong sama ada dalam dan luar negeri.
Bagi mendapatkan percutian yang selesa dan 'enjoy', di sini ada tips untuk anda:
1) Elakkan pergerakan anda balik ke kampung atau mana-mana tempat percutian pada waktu malam kerana:
-Mata mudah mengantuk pada waktu malam
-Penglihatan kurang jelas
-Sukar mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan
-Orang lain seperti kita juga, takut dengan teknik samun seperti berpura-pura tayar pancit, enjin kenderaan bermasalah dan bermacam-macam lagi . Tapi bagaimana dengan yang mempunyai masalah / kecemasan di jalan raya tanpa nita berpura-pura? Oh, ini sangat malang.
-Biasalah kita zaman sekarang terpengaruh dengan cerita hantu yang ganggu pemandu kenderaan pada waktu malam, mungkin kita terikut-ikut ,dan jin dan syaitan mulah seronok menakut-nakutkan anda. Padahnya, ternampak benda pelik-pelik a.k.a benda hallus.
2) Pastikan tempat percutian anda selamat
-Elakkan bawa anak-anak ke tempat berisiko tinggi seperti sungai yang deras, air terjun yang dalam,tempat-tempat yang terpencil dan jauh keriuhan ramai.
3) Pastikan telefon bimbit anda mempunyai kredit panggilan yang mencukupi.
-Senang hubungi orang lain jika berlaku kecemasan.
4)Elakan si isteri atau si anak dara anda menunjuk-nunjuk atau bahasa kasar ' berlagak' di tempat orang.
-Sihir masih terdapat pada kini, anda mungkin menjadi mangsa jika orang lain yang mempunyai ilmu hitam sakit hati dengan anda. Mungkin orang tampak bai tapi hati sapa yang tahu?
Tulisan : almyras.my
©Allright reserved.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)