Temuduga Tentera Udara TUDM 2013, Jadual Pemilihan TUDM 2013 - Info | Bagi warganegara Malaysia yang berminat mengikuti Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM, temuduga dan pemilihan awal dibuka untuk mengisi jawatan anggota lain-lain pagkat ( LLP ). Temuduga akan dilakukan sekitar 19 febuari sehingga 20 April 2013 dijalankan mengikut masa dan lokasi yang ditetapkan.
Kelayakan akademik
Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek sains dan lulus
matapelajaran Bahasa Inggeris. Atau pun memiliki Sijil Kemahiran
Malaysia ( SKM ) tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan
mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan lulus
matapelajaran matematik, salah satu subjek sains dan Bahasa inggeris
diperingkat SPM.
Lain-lain kelayakan( rujuk sini )
Dokumen perlu dibawa
Pemohon perlu bawa dokumen asal dan 1 salinan fotostat dokumen-dokumen dibawah:
Sijil SPM/ SPMV
SKM tahap 2
Kad Pengenalan
Sijil Lahir
SIjil Berhenti sekolah “ lain-lain Sijil Kemahiran yang berkenaan
Pemohon perlu hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar
trek, berkasut sukan dan berstoking di pusat-pusat pemilihan yang
dinyatakan. Masa pendaftaran 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Untuk maklumat lanjut pengambilan seperti kelayakan lain, syarat
fizikal, Keistimewaan menyertai TUDM, gaji dan elaun, anda
digalakkanmerujuk iklan penuh ( KLIK SINI )
Semoga permohonan menjadi anggota Tentera Udara TUDM yang diinginkan
tercapai demi menjaga keamanan Negara dan semangat cintakan Negara.
Jadual pemilihan TUDM mengikut lokasi dan masa:
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.