Cardiff Layak ke Liga Perdana selepas 51 tahun





Kelab milik jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, Cardiff City mengesahkan tempat dalam Liga Perdana Inggeris musim depan selepas seri 0-0 dengan Charlton Athletic, awal pagi tadi.

Keputusan tersebut cukup untuk menjamin kedudukan mereka pada dua tangga teratas Liga Kejuaraan (divisyen dua).

Cardiff yang sering dikecewakan dalam saingan playoff pada tiga musim terakhir akan kembali dalam kancah liga utama bola sepak Inggeris buat kali pertama sejak 1962, iaitu 51 tahun yang lalu. - REUTERS

Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd
Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes