Qarin
Jin Pendamping Manusia
Firman
Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang
diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan
(yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin)
temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Qarin
adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan
ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti
ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya,
Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada
umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan.
Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan
sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya
membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk
mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal
kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap
manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau
bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya
lemah tidak berdaya.
Caranya
dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak
berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili
bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya
Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku
sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan
sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah
r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya
(Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w
berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau
cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau
ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh
syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap
insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada
syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga
Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di
dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan
daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu
Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku
tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat
kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn
Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang
beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang
mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu
gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila
tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun
begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku
sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin
akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya)
meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin
terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun,
apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan
Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak
bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.
Wallahu’alam….
Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :
Ada 8 langkah:
1. Cabut 7 helai rambut kepala.
2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.
3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).
4. Gulung kain putih yang ada isinya tadi.
5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.
6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.
7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.
8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat orang lain, cuma kita sendiri.
Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :
Ada 8 langkah:
1. Cabut 7 helai rambut kepala.
2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.
3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).
4. Gulung kain putih yang ada isinya tadi.
5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.
6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.
7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.
8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat orang lain, cuma kita sendiri.
Jangan dicuba jika iman tidak kuat! Sebab itulah hikmahnya Allah melindungi mata kita daripada kita melihat alam ghaib.
Sumber :
http://hasnulhadiahmad.com
http://panduanislam.com/blog/2011/04/apa-itu-qarin/
http://newsmediahunterz.blogspot.com/