Pereka Fesyen Terkenal Malaysia Calvin Thoo Peluk Islam
Alhamdulillah bertambah lagi saudara baru kita dalam Islam. Calvin
Thoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, telah memeluk
Islam dan mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato’
Ismail Kamus, Dato’ Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ustaz Sallehin bin
Mukhyi (ADUN Sabak). Beliau yang sudah di dalam industri lebih 17 tahun
malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen
untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen
Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen
Islam KL dan sebagainya.
Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi
bersyahadah. Saudara kita yang berketurunan cina kini menjadi sah
menjadi seorang muslim. Alhamdulillah itulah kebesaran Allah Yang Maha
Besar yang memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia inginkan.
Sumber : puteraduyong
Home SAUDARA BARU PEREKA FESYEN TERKENAL MALAYSIA CALVIN THOO PELUK ISLAM
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.