Revolusi G & Suprima : Kereta Baru Keluaran Proton

Tengah jenguk-jenguk di Facebook, terlihat Admin akan kenyataan dari sebuah page yang menyebarkan gambar kereta keluaran Proton iaitu Proton Revolusi G. Namun Admin masih menjumpai maklumat mengenai kereta ini.


Carian daripada pangkalan data MyIPO mendedahkan Proton telah mendaftarkan nama Proton Suprima pada awal tahun ini dalam apa yang dikatakan adalah pengganti kepada model Proton Perdana.


Selain daripada Proton Suprima, beberapa trademark lain yang belum pernah kita dengar sebelum ini turut muncul dalam database MyIPO iaitu Proton Idaman, Proton Persada, Proton Exia dan Proton Esfora.
 




Satu-satunya trademark yang mempunyai logo styling adalah nama Proton Esfora, yang seolah-olah menggunakan gaya tulisan yang sama seperti Exora.  

Berdasarkan carian di MyIPO juga, berkemungkinan model terbaru Preve Hatchback yang bakal dilancarkan pada tahun ini mengekalkan nama yang sama dengan model Preve. Tidak ada nama lain yang didaftarkan baru-baru ini yang boleh menunjukkan kepada suatu nama yang berbeza yang digunakan untuk Preve hatchback, jadi Proton mungkin akan terus menggunakan nama Preve tersebut.







Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes