Hulurkan Sumbangan : Mangsa Kebakaran di Sibu Sarawak

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. sekali lagi tragedi kebakaran berlaku di perkampungan melayu-melanau di Sibu.  Kali ini memusnahkan hampir 100 lebih buah rumah dan menyebabkan 600 orang kehilangan tempat tinggal. kampung Dato/Hilir merupakan kampung yang paling hampir dengan pusat bandar selepas lenyapnya Kampung Nyabor akibat arus pembangunan Bandar Sibu.

Kampung Dato dan kampung Hilir didiami oleh majoriti kaum Bumiputera Melayu-Melanau menjadi lambang kekuatan masyarakat Bumiputera Islam Sarawak. Kalau di Kuala Lumpur terkenal dengan Kampung Baru Kuala Lumpur, di Sibu Sarawak Kampung Dato/Hilir adalah aset terpenting Bumiputera.

Terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Negeri  MP Petrajaya Y.B Fadillah Yusuf (Menteri Kerjaraya Malaysia),Y.B Datuk Fatimah Abdullah dan Y.B Dr Annuar Rapaee(Adun Nangka) kerana membuka bilik bantuan bagi membantu mangsa terlibat.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan boleh disalurkan ke alamat berikut:-

Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya (YB Datuk Hj Fadillah Hj Yusof) di Tingkat 1,Bangunan Korpekasa,Jalan Astana,Petra Jaya Kuching @ call 082-444390 

Pusat Khidmat DUN N49 Nangka Sibu,Sarawak


Sumber : Melanau Sarawak

2 ulasan :

  1. moga ramai yg membantu
    especially dah dekat nak puasa..memang dugaan bg mangsa kebakaran
    setiap yg berlaku pasti terselit hikmahNya

    follower ke 3..jemput singgah ke blog Yumida & followback klo sudi :)
    http://umikasum.blogspot.com

    BalasPadam
  2. yep..betul tu. Admin cuba ajak orang ramai bantu mangsa kebakaran tersebut bagi meringankan beban mereka. Mudahan mereka dapat menunaikan ibadah ibadah puasa dan menyambut hari raya yang akan datang dalam keadaan baik. Amiin.

    BalasPadam

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes