KUCHING: Polis sedang menjejaki dua lelaki yang dipercayai
memperkenalkan diri mereka sebagai penguat kuasa dari Jabatan Agama
Islam Sarawak (JAIS) sebelum merogol seorang wanita, petang kelmarin.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai
berkata, kedua-dua suspek dilapor melakukan perbuatan terkutuk itu di
sebuah rumah kosong di Batu 7 di sini sekitar jam 5 petang kelmarin.
“Pihak
polis akan menjejaki kedua-dua suspek secepat mungkin. Buat masa ini,
kita masih dalam usaha mengumpul maklumat daripada mangsa yang masih
lagi dalam keadaan trauma,” ujarnya ketika dihubungi untuk mengesahkan
kejadian tersebut semalam.
Menurut sumber, insiden tersebut
dilaporkan berlaku ketika mangsa yang berusia 17 tahun sedang menunggu
untuk dijemput pulang kerja oleh suaminya di hadapan sebuah farmasi di
Kota Sentosa.
Ketika itu, dua lelaki yang memperkenalkan diri
mereka sebagai penguat kuasa JAIS telah mendekati mangsa dan meminta
mangsa mengikuti mereka untuk disoal siasat di pejabat mereka.
Mangsa
yang tidak menjangka akan berlaku perkara yang tidak diingini mengikuti
kedua-dua lelaki tersebut menggunakan sebuah kereta seperti yang
diarahkan.
Bagaimanapun, mangsa sebaliknya telah dibawa ke sebuah
rumah kosong di belakang sebuah stesen minyak di Batu 7 dan dirogol
secara bergilir-gilir oleh kedua-dua lelaki tersebut.
Selepas insiden itu, mangsa ditinggalkan seorang diri di rumah berkenaan.
Mangsa
yang dalam keadaan lemah berusaha mendapatkan bantuan daripada orang
awam untuk menghubungi suaminya yang tiba di tempat kejadian beberapa
minit kemudian.
Mangsa diiringi suaminya kemudian membuat laporan
polis berhubung kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS)
untuk rawatan dan pemeriksaan kesihatan.
Home Sarawak Kota Sentosa : Dua perogol yang menyamar penguat kuasa JAIS diburu
Kota Sentosa : Dua perogol yang menyamar penguat kuasa JAIS diburu
By Permata Timur II At Jun 27, 2013 0
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.