JURULATIH Sarawak Roberts Alberts menegaskan bahawa bukannya mudah untuk
menjuarai liga dalam apa-apa peringkat pun. Menurut Alberts, saingan
untuk merebut Liga Perdana bukannya mudah. Ini kerana Liga Perdana 2013
juga disertai pasukan hebat seperti Johor, Sime Darby dan Kedah. “Adalah
sukar untuk memenangi Liga Super atau Liga Perdana... semuanya sukar,”
jelas Alberts yang pernah juara bersama kelab di Singapura dan
Indonesia.
“Lihat sahaja Kelantan, kekuatan mereka
kelihatan kekal walaupun selepas menukar sehingga empat orang
jurulatih,” kta Alberts. “Sarawak pula semakin kuat dari perlawanan ke
perlawanan. Para pemain juga begitu yakin dan bermotivasi dan kami mahu
kekal tidak terkalah,” ujarnya. Dengan kejuaraan itu, maka Sarawak
meraih ganjaran RM300,000.
Sarawak akan menutup tirai saingan Liga
Perdana 2013 dengan menentang Sabah di Likas pada 5 Julai nanti. Dalam
perlawanan malam kelmarin Sarawak sepatutnya boleh menang dengan
jaringan yang lebih besar 7-0 atau 8-0, namun empat hingga lima peluang
keemasan gagal disempurnakan oleh Guy Bwele, Bobby Gonzales, Muamer
Salibasic. Bagaimanapun empat jaringan yang dilakukan oleh Salibasic,
Ronny, Bwele dan Joseph sudah lebih daripada mencukupi. Namun dari segi
persembahan, aksi Sarawak agak kurang stabil kerana gagal menguasai bola
untuk jangka masa yang lebih panjang.
Kuala Lumpur yang dibarisi tiga bekas
pemain Sarawak, Sone Kalle (Cameroon), Benedict Martin (kapten) dan
Azizon (penjaga gol) lebih banyak menghabiskan masa di kawasan tengah
padang. Mereka hanya sekali melakukan cubaan bahaya melalui rembatan
Sone Kalle.
Bagaimanapun dalam aspek mengatur
gerakan dan melakukan serangan menampakkan peningkatan. Kehadiran
Salibasic ternyata memberikan kesan yang hebat terhadap pasukan sarawak
terutama dari segi jaringan dan membuka peluang. Begitu juga dengan
Junior Elsdstal. Pemain kacukan Sabah/Sweden itu berjaya memainkan
peranan sebagai pemain tengah berwatak “defensif”. Beliau cukup bijak
membaca permainan dan dengan ketinggian 6 kaki 2 inci, Eldstal sukar
untuk disaingi melalui perebutan bola di udara.
• A. SHAHFERI (UTUSAN SARAWAK ONLINE)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.