Home Setempat Sebuah rumah dimasuki pencuri dipercayai budak
Sebuah rumah dimasuki pencuri dipercayai budak
By Permata Timur II At Jun 19, 2013 0
SIBU: Sebuah rumah di Kampung Sentosa di sini dimasuki pencuri dipercayai masih budak yang melarikan sebuah telefon bimbit, dompet dan sebuah tong gas awal pagi semalam.
Kejadian itu disedari oleh seorang anak perempuan pengadu yang tidur di bilik tingkat bawah, apabila dia terbangun untuk menutup pintu biliknya yang tiba-tiba terbuka.
Apabila pintu bilik tersebut cuba ditutup ia dikatakan cuba dibuka semula oleh pencuri tersebut sekali lagi.
Namun, anak perempuan pengadu bertindak menolak pintu tersebut dengan kuat membuat pencuri tersebut terkejut dan terus beredar cepat dari situ.
Anak perempuan pengadu yang turut terkejut apabila terdengar seperti ada orang di luar sedang meluru keluar sempat menjenguk dan mendapati hanya bayang-bayang seseorang budak lelaki sedang melarikan diri.
Selain dompet yang mengandungi sedikit wang dan sebuah telefon bimbit yang diletakkan di atas meja ruang tamu, pengadu juga mendapati tong gas yang diletak di luar rumah juga dilarikan.
Pencuri amatur tersebut dipercayai berjaya memasuki rumah melalui pagar tingkap yang telah dirosakkan.
Pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu di sini pada hari kejadian.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.