Tahap udara di Sarawak dalam keadaan baik

KUCHING: Tahap udara di Sarawak dalam keadaan baik malah tidak terjejas akibat kebakaran hutan di Indonesia.
Laman web rasmi Jaba­tan Alam Sekitar Negeri setakat jam 11 pagi semalam menyatakan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah kurang 100.
Bahagian yang mencat­atkan bacaan tertinggi ialah ILP Miri (67) diikuti Bin­tulu (65), Miri (58), Sibu (57), Sarikei (56), Kapit (53), Limbang (51), Sama­rahan (51), Sri Aman (43) dan Kuching (42).
Dilaporkan bahawa kual­iti udara di Malaysia naik ke tahap tidak sihat akibat ter­cemar asap daripada pem­bakaran hutan di Sumatera, Indonesia baru-baru ini yang dijangka berlarutan selama beberapa hari.
Bahagian yang dijangka terjejas teruk ialah timur laut dan selatan.
Pembersihan hutan secara berleluasa dengan pembaka­ran hutan menjadi masalah berulang di Indonesia teru­tama pada musim kemarau dari Jun hingga September.

-BORNEO POST-

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes