Jaringan minit akhir perlawanan oleh pertahanan negara Mohd Fadhli Shas menghidupkan suasana persahabatan Harimau Malaya menentang Chelsea malam tadi sekali gus menyaksikan perlawanan berakhir dengan kekalahan 1-4 kepada skuad negara.
Chelsea FC membuat percubaan pertama perlawanan menerusi Romelu Lukaku seawal minit kelima permainan namun berjaya ditampan Mohd Farizal Marlias yang ditugaskan mengawal gawang negara.
Walau bagaimanapun selang beberapa saat, jaringan berjaya dihasilkan menerusi Bertrand Traore yang menolak mudah hantaran rendah Kevin De Brunye.
Chelsea FC menambah gol kedua m-28 menerusi De Brunye disusuli Lukaku yang akhirnya meledak jaringan pada masa kecederaan pertama selepas sering kali mengasak kubu negara.
Malaysia turut mendapat peluang untuk menjaringkan gol dengan peluang terbaik hadir menerusi sepakan kencang luar kotak penalti kapten pasukan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak namun ditolak Mark Shwarzer di gawang.
Bersambung babak kedua Chelsea menukar sembilan pemain apabila merehatkan Micheal Essien, Lukaku dan John Terry untuk menurunkan pemain seperti Demba Ba, Ramires, Peter Cech dan Victor Moses.
Nyata percaturan Mourinho membuahkan hasil apabila corak permainan Blues semakin mantap dengan lebih banyak serangan diatur ke kubu skuad negara.
Rajagobal turut melakukan beberapa pertukaran termasuk menurunkan Safee Sali, Mohd Nazmi Faiz Mansor, Safiq Rahim dan Norfarhan Muhammad untuk merapatkan kedudukan namun tidak berhasil.
Tiada gerakan berbahaya mampu dihasilkan pemain negara sehinggalah tandukan pemain Harimau Muda A itu menewaskan Petr Cech dan usaha untuk Nizab Ayub menambah jaringan kedua menemui kegagalan.
Keputusan ini mengekalkan rekod bersih Chelsea FC di Malaysia sejak 2011 dengan mencatatkan empat kemenangan.-Metro
Home Bola Sepak Kalah!
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.