LONDON: Cardiff City melakukan kejutan besar
pada pertembungan peringkat tertinggi pertama sejak 51 tahun apabila
menumbangkan Manchester City 3-2, pada perlawanan Liga Perdana, awal
pagi tadi.
Kembali ke barisan elit kelab Inggeris selepas memenangi gelaran
musim lalu, kelab dari Wales itu garang bangkit melakukan kejutan untuk
menundukkan juara liga 2012 yang membariskan pemain termahal.Pertembungan itu adalah perlawanan sulung Cardiff di gelanggang sendiri menentang kelab teratas Inggeris sejak 1962.
Manchester City menguasai babak pertama perlawanan tapi barisan Cardiff bekerja tanpa penat untuk mengimbangi kekuatan itu yang kemudiannya begitu berbaloi.
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.