Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr
Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam
dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen
negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.
“Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri pada Sabtu.
“Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri pada Sabtu.
Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yangmenimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.
“Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham,”
katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak
Sarawak (FAS) sejak 2010.
Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada
Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay
berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan
rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua
pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.
Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan
yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain
di peringkat Liga Perdana.
Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik
di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman
sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot
selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka
berkunjung ke Sarawak.
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.