Apapun, Sarawak tidak menganggap aksi di Stadium Jalan Besar satu isu besar hingga menjejaskan persediaan dan bertekad mempamerkan persembahan kental.
Skuad Ngap Sayot menjadi wakil tunggal Malaysia Timur, diundi dalam Kumpulan D bersama Perak, Kedah dan LionsXII dan berdepan tugas mencabar menduduki dua pasukan terbaik peringkat kumpulan.
Persiapan menghadapi perlawanan sulung menentang Perak di Ipoh sudah dilaksanakan dan Roberts meminta pemain menumpukan sepenuh perhatian kepada saingan piala berprestij itu.
Pada masa sama, jurulatih berusia 59 tahun itu membayangkan pemain bakal berdepan dua pasukan terbaik Liga Super termasuk Perak, selepas diundi dalam Kumpulan D.
“Buat masa ini, saya puas hati prestasi ditunjukkan pemain sepanjang latihan selain perlawanan persahabatan. Kami memiliki pemain terbaik untuk menghadapi saingan kali ini.
“Kami sedar, LionsXII mempunyai pemain berkaliber tapi tidak semestinya pemain saya tidak mampu menundukkan mereka. Kami ada strategi tersendiri untuk mengutip kemenangan terutama beraksi di gelanggang sendiri,” kata jurulatih kelahiran Belanda itu.-metro.
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.