Ahli kongres Peru perjuangkan akta halang kucing dijadikan makanan

Ahli kongres Peru perjuangkan akta halang kucing dijadikan makanan
PLAYClick to Expand & Play
PERU: Ahli kongres Peru menyertai kumpulan aktivis negara itu dalam usaha menghalang haiwan kucing dijadikan juadah bagi satu acara keagamaan tahunan negara itu.

Menurut aktivis, sekurang-kurangnya 100 ekor kucing akan dikorbankan bagi sambutan Festival Santa Efigenia di La Quebrada.

Antara yang hadir memberikan sokongan, ahli kongres Juan Urquiza dan Yehude Simon yang mahu mendapatkan sokongan agar satu undang-undang menghalang kucing dijadikan makanan dapat digubal.

Sementara itu, salah seorang aktivis Corrine Schirmer mendesak orang ramai agar memboikot festival berkenaan.

Bagaimanapun, penduduk La Quebrada rata-rata mempertahankan amalan itu dengan hujah hanya kucing yang dibiak secara khusus dijadikan korban pada festival itu.-astroawani-
Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes