KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said ditahan di rumahnya di 4-9-6 Pangsapuri Bangsar Utama, di sini, kira-kira 12.25 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, A Samad Said yang ditahan untuk disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan pembabitannya mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada sambutan Ambang Merdeka, 30 Ogos lalu.
Sasterawan itu dalam Twitter akaunnya juga dipetik berkata dia dibawa tiga anggota polis ke Balai Polis Dang Wangi.
Semalam, dua individu kontroversi, Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais turut ditahan polis membantu siasatan kes sama.
Semalam, dua individu kontroversi, Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais turut ditahan polis membantu siasatan kes sama.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengesahkan Hishamudin dan Adam ditahan bagi membantu siasatan polis berkaitan kibaran bendera Sang Saka Malaya.
Pada sambutan malam Ambang Merdeka, Hishamuddin juga dilaporkan memberi ucapan ringkas dengan menggelarkan Jalur Gemilang sebagai jalur temberang selain mendakwa tarikh 31 Ogos adalah hari malapetaka.
Berikutan tindakan itu beberapa individu serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) menggesa polis mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap Hishamuddin, Adam dan A Samad Said.-Metro
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.