TUJUAN/VISI
- Meminimakan, dan sekaligus menghentikan pembakaran mercun, khususnya jenis ‘airbomb’ di stadium-stadium, terutama sekali ketika perlawanan bolasepak
- Memberi kesedaran kepada semua penyokong yang ke stadium bahawa membakar dan bermain mercun di stadium bukan sahaja merbahaya, malahan adalah tindakan yang boleh memudaratkan banyak pihak termasuk pemain, penyokong lain, dan ‘poket pasukan’.
TINDAKAN PENYOKONG KEMPEN INI
- Akan mempromosikan #BolaTanpaMercun, yang bermaksud inginkan perlawanan bolasepak di mainkan tanpa gangguan letupan mercun
- Akan bertindak menggalakkan penyokong masing-masing menangkap, atau mengambil gambar si pemain mercun bagi tujuan tindakan pihak berkuasa
- Akan BOO bila mercun diletupkan setiap kali match. Boo-lah kuat-kuat.
- Akan memaksa secara berkempen, jika perlu, persatuan atau pihak berkuasa mengetatkan kawalan di stadium bagi menangkap pembakar mercun
- Akan bertindak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi mengenalpasi siapa yang bertindak membuang mercun ke dalam stadium.
KEMPEN INI DISOKONG:
- Sarawak Crocs (Sarawak)
- UltraCrocs Fan Club (Sarawak)
- Sarawak FA Fans (Sarawak)
- Sarawak Bloggers (Sarawak)
- Sharol Saperi (Ketua Pasukan Sarawak FA)
- Penyokong Bolasepak Sarawak di Semenanjung (Sarawak)
-UltraCrocs Fan Club
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.