Colombo: Seorang pawang mati ketika cuba menghalau hantu dari sebuah rumah di sini, semalam.
Lelaki itu, Maxi Castro sebelum itu dilapor membunuh seekor kucing dan kemudian menanam dirinya dalam kubur cetek dengan mengarah orang ramai menggalinya keluar sebaik dia menggoyangkan pedang yang dibawanya bersama.
“Bagaimanapun, selepas tiga jam, tiada pedang yang keluar dari kubur itu. Orang ramai yang menunggu mengambil keputusan menggalinya tetapi dia sudah mati,” kata jurucakap polis.
Pawang berkenaan diminta oleh seorang guru untuk membersihkan rumahnya daripada hantu. - Agensi
Pawang berkenaan diminta oleh seorang guru untuk membersihkan rumahnya daripada hantu. - Agensi
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.