Shebby Singh : Pembangunan Liga M

Shebby Singh mengatakan jika Malaysia hendak berdaya saing dalam arena bola sepak antarabangsa, sains sukan hendaklah diutamakan dan pembangunan hendaklah bermula dari persatuan bola sepak daerah. Maknanya di sini, persatuan bola sepak negeri memainkan peranan sebagai pentadbir kepada persatuan bola sepak di semua daerah bawah tadbirannya. Pembangunan bola sepak negeri akan lebih maju jika diswastakan.


Untuk pengetahuan umum, sebarang bentuk kerjasama pembangunan bola sepak dengan England hanyalah untuk memenuhkan duit poket mereka dan mendapat tajaan selain daripada promosi. Pemain Malaysia mempunyai 200% peluang tipis untuk menembusi dan menyertai kelab di England. Karenah birokrasi , rangking negara dan kuota pemain menjadi punca mengapa pemain Malaysia tidak diendahkan.

Maka pandang ke timur merupakan salah satu langkah yang baik untuk jangka masa pendek. Pemain boleh dieksport ke Jepun dan Korea Selatan. Selain itu , kita boleh menghantar pemain ke Australia dan negara-negara Arab.

Untuk jangka panjang, penswastaan liga Malaysia hendaklah diteruskan. Kemudahan stadium hendaklah dititikberatkan. Reka bentuk stadium hendaklah merupakan reka bentuk stadium hanya untuk bola sepak.

Gaji pemain biarlah profesional berdasarkan prestasi mereka. Keadaan pemain kebangsaan kita adalah sama dengan situasi pemain kebangsaan England yang tidak yakin untuk bermain dalam pasukan kebangsaan. Mereka tampak menyerlah bermain dalam pasukan mereka dalam Liga M tetapi sebaliknya bila beraksi di arena antarabangsa.

Kita juga boleh mengikut cara pembangunan bola sepak Qatar dengam mengambil jurulatih dari Spain kerana corak permainan yang laju.
Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes