Suasana Membeli Tiket Untuk Perlawanan Sarawak FA vs Sime Darby

Ramai penyokong Sarawak FA tidak mempunyai nasib untuk membeli tiket kerana tiket habis dijual. Tiket dijual di tol Zecon , Lea Sport Centre Hopoh dan Sarawak Plaza. 

Penyokong setia Ngap Sayot berbaris panjang di Tol Zecon , Kuching.

Pembeli berpusu-pusu dan sesak di dalam wisma hopoh. Tetapi malangnya tiket diumum habis sebelum pintu premis LSC Hopoh dibuka. Hal ini menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati. Pihak polis tiba di tempat tersebut bagi mengawal keadaan.

Manakala di Tol Zecon tidak sampai 10 minit tiket dijual dan diumum habis. Riak muka kecewa terpapar bagi penyokong yang berbaris panjang dan menunggu berjam lamanya. Penyokong masih berpeluang untuk membeli tiket di Watson dengan syarat membeli barang di premis berkenaan minima RM20.

Peluang tipis untuk membeli di pintu masuk stadium kerana dijangka pengunjung akan tiba lebih awal dalam jam 5 petang dalam jumlah yang ramai.Pujian harus diberikan kepada pihak FAS kerana menyediakan layar gergasi di luar stadium bagi penonton yang tidak berpeluang membeli tiket.

Media sosial seperti page Sarawak Crocs dan Sarawak FA Fans menyarankan penyokong tidak membeli tiket daripada ulat tiket di pintu masuk stadium kelak.
Penonton juga dilarang membawa mercun bagi menjayakan kempen #Bolatanpamercun.
Suasana semakin hangat dan peluang Sarawak untuk menang adalah besar namun bola itu bulat dan pemain-pemain Sarawak tidak mahu mendabik dada.
Ngap Sayot selamanya...
Encang Sarawak Encang..
Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes