KUALA LUMPUR, 16 JANUARI 2014: Pereka fesyen kontroversi,Hatta Dolmat terkejut apabila telah diajukan dengan berita tentang dirinya yang akan berkahwin tidak lama lagi.
Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Hatta Dolmat berkata, dia langsung tidak menyangka berita itu mula menjadi buah mulut ramai apatah lagi apabila ianya diajukan sendiri oleh salah seorang sahabat baiknya.
Malah, Hatta Dolmat turut berkongsi berita ‘kelakar’ itu di laman Instagram peribadinya sebagai membuktikan bahawa dia tidak pernah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat apatah lagi untuk menyorokan tentang status berkenaan.
“Apa yang membuatkan saya terkejut kerana orang yang menyampaikan berita itu hadir dengan beberapa detail yang seakan sahih. Ianya langsung tak masuk akal.
“Lebih-lebih lagi apabila berita itu datangnya dari seorang teman yang selama ini tidak pernah terlalu serius tetapi entah mengapa kali ini dia terlalu serius dan bertanyakan soalan itu kepada saya,” katanya yang masih terkejut dengan berita berkenaan.
Hatta Dolmat berkata, sekiranya benar dia ingin berkahwin atau telahpun berkawin, sudah pasti dia akan menguar-uar berita gembira berkenaan kepada orang ramai untuk mengelakan sebarang kemusykil atau fitnah.
Katanya lagi, dia menyerah segala hal berkenaan jodoh dan pertemuan kepada yang maha Esa, apatah lagi ianya membabitkan hati dan perasaan pihak lain serta masa depan dia dan juga isterinya.
“Buat masa ini saya perlu memfokuskan hal berkenaan kerjaya saya sebagai pereka fesyen dan perusahaan fesyen saya.
“Bukannya mudah untuk membabitkan pihak lain dalam hal ini,apatah lagi untuk mereka yang memahami kerja saya.Tapi kalau sudah tiba jodoh saya untuk berumah tangga, saya redha.
“Lagipun sekarang ini terlalu banyak kes kahwin cerai dan ianya menakutkan diri saya kerana sebolehnya saya tidak mahu perkara seumpama ini terjadi dalam hidup saya. Biarlah saya mengenali dengan mendalam seseorang individu itu dan barulah berkahwin,” katanya.
Sementara itu Hatta Dolmat turut gembira dengan beberapa orang pereka fesyen tempatan seperti Ezuwan Ismail dan Jovian Mandagie yang telah menamatkan zaman bujang mereka baru-baru ini.
Katanya, dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang manis lebih-lebih lagi apabila dapat melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah isteri dan pereka fesyen itu sendiri selepas terjun ke alam perkahwinan.
Sumber :http://www.murai.com.my/