Sarawak Tewas 2-0 di Tangan Selangor

Maklumat lanjut, sila klik butang MSL pada menu di atas.

Agak mengecewakan aksi anak-anak buah Robert Albert yang agak hambar pada separuh masa pertama. Harapan diletak terhadap pemain import malam ini tak menjadi kenyataan.

Namun pemain M. Hassan bermain dengan baik dan kemahiran mengelecek yang tinggi. Ryan Griffith pula tampak belum serasi dengan corak permainan Sarawak . Namun beliau tampak rajin mendapatkan lawan.

Dua jaringan dihasilkan oleh Selangor adalah jaringan mudah. Jaringan pertama merupakan kesilapan Sani Anuar Kamsani apabila bertindak keluar jauh dari gawang. Kesempatan itu diambil oleh Andik Vermansyah untuk menyerang mengejut dan Sani Anuar Kamsani terjatuh apabila hendak kembali ke gawang.

Jaringan kedua dijaringkan oleh Thamil Arasu .

Sarawak akan bertemu Johor Darul Ta'zim di Larkin Sabtu ini dan disiarkan secara langsung di TV2.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes