Amalan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran dapat memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan selesa. Kehidupan yang selesa dapat menjamin kesejahteraan dalam sesebuah institusi keluarga.
![]() |
Arkib Sarawak Post : Lokasi Kampung Lallang Tengah Gedong 2013 |
Kebersihan dan keceriaan amat penting bagi memastikan wabak penyakit dalam dicegah. Kerjasama daripada rakyat Malaysia secara khususnya dapat membantu menjadikan Malaysia bebas daripada belengu penyakit yang mudah merebak seperti demam denggi akibat pembiakan nyamuk.
Selain itu , usaha ini dapat menarik minat pelancong asing melancong ke negara ini . Hal ini dapat membantu menaikkan pendapatan negara melalui pengaliran mata wang asing ke negara dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Pelancong yang datang dan kembali ke negara asal mereka akan mempromosikan Malaysia kepada penduduk di sana kerana tahap kebersihan dan keceriaan persekitaran negara ini yang memuaskan. Namun, ianya tidak akan menjadi kenyataan jika rakyat Malaysia tidak mengamalkannya.
Malaysia akan terkenal di mata dunia atas tahap kebersihan dan keceriaan persekitaran yang ada. Rakyat Malaysia hendaklah mengubah sikap malas menjaga kebersihan persekitaran dan mencari cara menjaga kebersihan dan keceriaan melalui aktiviti gotong-royong.