![]() |
YB Datuk Rohani Abdul Karim beramah mesra dengan para blogger |
KUCHING-Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan program ‘Meet MyNetsterz’ buat kali ke-2 bersama pengikut media sosial KPWKM dan Menteri bagi beramah mesra dan bertukar-tukar idea dan pandangan dalam usaha menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam KPWKM dan agensi di bawahnya.
Program ini telah diadakan pada 23 Jun 2014 (Isnin) ,2.30 petang bertempat Bilik Seminar, Biro Wanita Sarawak, Wisma Wanita, Jalan Bakti, Off Jalan Sultan Tengah, Semariang, Petra Jaya, Kuching.
Para blogger berpeluang untuk beramah mesra dan berbincang dengan Datuk Hajah Rohani Abdul Karim , Menteri Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat (KPWKM) merangkap ahli parlimen Batang Lupar. Hasil pertemuan sedikit sebanyak merapatkan golongan blogger dan media sosial untuk membantu kerajaan menangkis tanggapan negatif segelintir masyarakat yang mudah menunding jari dan mempersalahkan kementerian.
Rata-rata para jemputan berpuas hati dengan program ini dan wakil Sarawak Post turut menyuarakan pendapat bahawa cara penyampaian maklumat KPKW diperluaskan menggunakan medium seperti televisyen.-SARAWAK POST.
![]() |
Blogger berpeluang menanyakan soalan. |