![]() |
Peta Anggaran Kawasan Negeri Samarahan dan Sadong |
Adanya
penemuan tembikar China abad ke 14 dan 15 di dua buah tempat di lembah Sungai
Sadong menunjukkan terdapatnya kesinambungan politi di pantai dengan yang wujud
di pendalaman. Gedong yang terletak 40 batu dari Santubong dan 56
batu dari pantai. Di sini terjumpa 79,754 pecahan tembikar dan ratus
benda lain seperti manik, duit siling dan emas. Lucas
Chin mencadangkan bahawa Gedong ini merupakan tempat perkuburan tetapi tanpa
menemui sebarang tulang manusia. Terdapatnya pecahan tembikar dan
benda-benda lain dengan begitu banyak besar kemungkinan Gedong ini merupakan
politi yang agak besar. Kajian yang dilakukan oleh Lucas Chin
menunjukkan bahawa jika Gedong merupakan sebuah politi maka ia wujud dari abad
ke-7 hingga ke-13, iaitu sezaman dengan Santubong.
Limabelas
batu ke pendalaman Gedong terdapat sebuah lagi politi di Bukit Sandong. Di sini terdapat 30,000 serpihan tembikar yang mempunyai
asal dan ketuaan seperti yang terdapat di Santubong dan Gedong. Selain
daripada itu yang membezakannya dengan tempat-tempat tadi ialah adanya 143
serpihan tembikar Sawankhalok. Mengikut Lucas Chin serpihan Sawankhalok dan ”blue and white
sherds” ini ditarikhkan pada abad ke-16 dan ke-17. Walaupun
sukar untuk menyatakan adanya perpindahan dari politi-politi yang awal ke Bukit
Sandong tetapi ia jelas menunjukkan kesinambungan politi Sarawak. Dan
walaupun politi Gedong dan Bukit Sandong ini tidak tercatat dalam
tulisan-tulisan China dan Jawa, namun kewujudannya juga tidak dapat
dinafikan. Lucas Chin menyimpulkan,
“What is also considered significant is that with such large
quantities of ceramic wares excavated at such inland sites at Gedong and Bukit
Sandong, it indicates that trade was not necessarily confined to the coast as
previously believed. Trading boats could have sailed as far inland
as possible for trade.”