'Buras' atau 'burasak' ialah sejenis masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha .
Buras disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama sekurang-kurangnya empat jam.
Buras mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis di Malaysia dan Indonesia.
Di Sarawak , kaum Bugis mendiami pesisir pantai dan muara sungai Batang Sadong , Batang Lupar & Rajang.
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.