Catalonia Umum Merdeka dari Sepanyol

PARLIMEN Wilayah Catalonia mengisytiharkan merdeka daripada Sepanyol hari ini, walaupun selepas mahkamah negara itu memutuskan undi pungutan suara yang diadakan sebelum ini, tidak sah.
Menurut Reuters, usul kemerdekaan itu diluluskan ketika persidangan 135 ahli parlimen dengan 70 menyokong, 10 menentang dan dua berkecuali.
Catalonia ialah wilayah perniagaan terkaya Sepanyol dengan bandar raya utamanya Barceola.
Perdana Menteri Sepanyol, Minister Mariano Rajoy, yang meminta semua pihak bertenang berkata, undang-undang akan ditegakkan di Catalonia.
Dalam kenyataannya melalui Twitter, beliau berkata: “Saya meminta semua rakyat Sepanyol bertenang. Undang-undang akan dikembalikan di Catalonia.”
Sementara itu, AFP melaporkan, puluhan ribu rakyat Catalonia yang berkumpul di luar parlimen menonton persidangan di layar besar, bersorak gembira selepas pengumuman kemerdekaan itu dibuat.

Rujukam : HM , Catalonia for Yes




Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes