Jambatan Sungai Rimbas Ubah Wajah Pusa


Mana-mana penduduk sesuatu tempat sememangnya dahagakan pembangunan. Lebih-lebih kawasan pesisir pantai seperti Pusa.

Sekian lama penduduk bersabar menanti saat ini. Jambatan Sungai Rimbas ini bakal merubah wajah Daerah Pusa. Penantian penduduk di Daerah Pusa yang menambahbaik keperluan infrastruktur perhubungan yang sedia ada kepada yang lebih berimpak dalam merubah persekitaran kehidupan masyarakat di Daerah Pusa.

Syukur ke hadrat Ilahi atas rahmat-Nya kerana jambatan ini dapat disiapkan tanpa mengorbankan jiwa walaupun telah berlaku beberapa kejadian yang agak menggemparkan.

Tidak lupa juga doa dari segenap masyarakat di seluruh Daerah Pusa.

Seterusnya kita sama sama menjadikan kejayaan ini sebagai batu loncatan untuk kita melangkah ke arah kemajuan yang jauh dari pelbagai aspek.

Semoga Allah merahmati dan memberkati selalu.

Sumber : I Love Pusa
Kredit gambar Nor No.




Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes