Adanya penemuan tembikar China abad ke 14 dan 15 di dua buah tempat di lembah Sungai Sadong menunjukkan terdapatnya kesinambungan politi di pantai dengan yang wujud di pendalaman.
Gedong yang terletak 40 batu dari Santubong dan 56 batu dari pantai. Di sini terjumpa 79,754 pecahan tembikar dan ratus benda lain seperti manik, duit siling dan emas.
Lucas Chin mencadangkan bahawa Gedong ini merupakan tempat perkuburan tetapi tanpa menemui sebarang tulang manusia. Terdapatnya pecahan tembikar dan benda-benda lain dengan begitu banyak besar kemungkinan Gedong ini merupakan politi yang agak besar.
Kajian yang dilakukan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa jika Gedong merupakan sebuah politi maka ia wujud dari abad ke-7 hingga ke-13, iaitu sezaman dengan Santubong. Limabelas batu ke pendalaman Gedong terdapat sebuah lagi politi di Bukit Sandong.
Di sini terdapat 30,000 serpihan tembikar yang mempunyai asal dan ketuaan seperti yang terdapat di Santubong dan Gedong. Selain daripada itu yang membezakannya dengan tempat-tempat tadi ialah adanya 143 serpihan tembikar Sawankhalok.
Mengikut Lucas Chin serpihan Sawankhalok dan ”blue and white sherds” ini ditarikhkan pada abad ke-16 dan ke-17. Walaupun sukar untuk menyatakan adanya perpindahan dari politi-politi yang awal ke Bukit Sandong tetapi ia jelas menunjukkan kesinambungan politi Sarawak. Dan walaupun politi Gedong dan Bukit Sandong ini tidak tercatat dalam tulisan-tulisan China dan Jawa, namun kewujudannya juga tidak dapat dinafikan.
Lucas Chin menyimpulkan, “What is also considered significant is that with such large quantities of ceramic wares excavated at such inland sites at Gedong and Bukit Sandong, it indicates that trade was not necessarily confined to the coast as previously believed. Trading boats could have sailed as far inland as possible for trade.”
Home Sejarah Sarawak Negeri Samarahan dan Sadong
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.