Negeri Saribas sebenar berkongsi muara Batang Saribas dengan ibu kota Negeri Kalaka yang besar itu sedangkan pusatnya banyak di sekitar pertemuan Batang Saribas dengan Sungai Rimbas di sebelah hulu menghampiri pertengahan hutan belantara.disebut di dalam silsilah raja-raja Brunei dan mendapat tempat yang banyak juga dalam manuskrip tersebut.
Negarakertagama tidak ada mencatatkan nama Negeri Saribas pada abad ke-14 berbanding dengan jirannya, Negeri Kalaka. Ini mungkin disebabkan Negeri Saribas didirikan pada awal atau pertengahan abad ke-17. Syair Tarsilah Negeri Saribas meriwayatkan pelarian Pengiran Temenggong Abdul Kadir dari ibu kota Kerajaan Brunei di utara kerana anak gadisnya, Dang Chi’ yang rupawan, telah diambil oleh sultan.
Setelah sampai di muara Batang Saribas beliau telah mendirikan sebuah negeri dengan ibu kotanya di Tandang Sari di tebing Sungai Rimbas. Kemudian muncul pula seorang anak raja Pagaruyung, dikenali di Saribas dan Brunei sebagai Dato’ Gudam, dari Sumatera yang juga merantau membawa diri kerana gagal dalam ujian naik tahta sambil berdagang. Pada suatu hari Dato’ Gudam berlabuh di Tandang Sari dan bertemu dengan Pengiran Temenggong Abdul Kadir dan isterinya yang masih merindui anak gadis mereka.
Pengiran Temenggong Abdul Kadir berjaya memujuk Dato’ Gudam untuk mengambil dan membawa pulang Dang Chi’ keluar dari istana. Beliau berjaya dan atas jasa itu telah dikahwinkan dan Dato’ Gudam kemudian memegang teraju pemerintahan Negeri Saribas yang menurunkan waris kepada keturunan Abang dan memegang jawatan-gelaran Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim di lembah Batang Saribas.
Kesejarahan boleh dilihat dalam beberapa segi seperti kewujudan sebuah tempat Gudam di Tanah Datar Minangkabau di mana istana Kerajaan Pagaruyung yang pertama adalah di Gudam di samping bererti istana dalam Sanskrit. Stamford Raffles, setahun sebelum mengambil Singapura, telah melawat Gudam untuk berjumpa Raja Pagaruyung pada tahun 1818. Keturunan Dato’ Gudam masih ingat samar-samar tentang penubuhan negeri ini, tetapi mereka ingat tentang keturunan yang memegang jawatan-gelaran seperti juga yang dicatat dalam silsislah raja-raja Brunei.
Pengisahan seorang bernama Aulaksamana terdapat juga dalam karya Charles Brooke di mana beliau merakamkan bahawu laksamana ini pada tahun 1860 berusia 90 tahun.
Tapak Negeri Saribas.
Home Unlabelled Negeri Saribas
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.