MERUJUK kepada kenyataan di dalam satu portal seperti link ini:
https://www.malaysiakini.com/news/403923
Di dalamnya terkandung jawapan balas Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang seolah-olah be
Sejauhmana yang kita tahu apabila dikatakan sesuatu perjanjian itu sudah tentu ada yang menandatangani dan kita almaklum bahawa MA63 itu mempunyai penandatangannya iaitu Federation Of Malaya, North Borneo, Sarawak, Singapura dan British. Dan kita juga mengetahui bahawa itu adalah asas kepada pembentukan Malaysia itu sendiri sehingga setiap satu daripada “amendment” nya juga perlu diusulkan di dalam parlimen dan perlu mendapat persetujuan semua pihak. Jadi dimanakah signifikasi “syor” mahupun yang dikatakan “cadangan” itu sendiri jika di dalamnya memperjelaskan setiap isu mengenai hak wilayah, pungutan cukai dan banyak lagi yang termaktub menjadi satu akta di Malaysia.
Untuk Tuan Speaker yang budiman tidak perlulah untuk merasa diri terlalu tinggi sangat sehingga merasa diri itu lut dari segala-galanya umpama kata perumpamaan bila sudah tinggi di langit janganlah lupa rumput di daratan. Adanya Tuan Speaker diatas kemuncak sana adalah kerana sokongan dari rakyat itu sendiri. Dan lebih menambah duka lara apabila Tuan Speaker sendiri berasal dari negeri dimana bumi yang seharusnya dipijak itu adalah antara entiti yang bersama-sama membentuk Gagasan Malaysia pada tahun 1963.
Dek kerana itu tiada salahnya sekiranya Ketua Menteri Sarawak mempertahankan segala polisi yang menjadi perjuangan dari mantan Ketua Menteri sebelumnya iaitu Allahyarham Pehin Sri Toknan dan sekarang beliaulah penerus kepimpinan kerana disitulah maknanya perjuangan yang berterusan untuk rakyat Sarawak Bumi Kenyalang yang juga entiti pembentuk Malaysia selama lebih 54 tahun ini.
Sebagai anak Sarawak, kami tidak boleh menerima sekiranya kepimpinan kami diperkotak-katikkan waima dari saudara SeBorneo sekalipun. Kata-kata Tuan Speaker juga sebenarnya MENGHINA kepercayaan kami selama ini.
Jika benar bahawa Tuan Speaker sedia untuk berdebat dengan Ketua Menteri Sarawak rasanya itu tidaklah menjadi masalah memandangkan bukan satu rahsia yang kerajaan pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari menghantar satu pasukan pengamal undang-undangnya ke London, United Kingdom baru-baru ini untuk mencari “roh” Perjanjian Malaysia 1963 yang selama ini sudah “hilang” dari pandangan kita semua.
Tidaklah perlu untuk bermain tarik tali lagi hanya untuk menunjukkan kekuasaan diri sendiri kerana sesungguhnya apa yang Tuan Speaker lakukan sebenarnya sudah menjadi penanda aras kepada kemuncak karier politik diri sendiri. Mungkin juga Tuan Speaker begitu mengidam-idamkan buku yang baru dilancarkan itu akan menjadi “pisang goreng panas” kerana ada yang mengatakan sewaktu pelancarannya lebih banyak kerusi daripada manusia mengiringinya.
Untuk Kerajaan Negeri Sarawak, mungkin ini masanya untuk kepimpinan DP Abang Johari turun ke gelanggang bertingkah dengan "untap dan parang ilang" kerana selama ini dari bermulanya perjuangan Toknan lagi, hal ini sudah menjadi “duri di dalam daging” bagi setiap rakyat yang menggelar dirinya anak Sarawak. Usah gentar kerana kami anak Sarawak berdiri kukuh di belakang panji Sarawak Ibu Pertiwi selagi nyawa dikandung badan.
Perahu sudah diair
Pendayung sudah ditangan
Bila lagi hendak berkayuh?
Lawan Tetap Lawan!
Agi Idup Agi Ngelaban
-HB-
= Kekallah Sarawak Bertuah, Teras Perjuangan Rakyat, Berjaya Berdaulat =
#SupportCMAbgJo
#KamekSayangSarawakBah!
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.