Lingga yang diperkatakan bukanlah Lingga yang terdapat di Indonesia. Lingga yang hendak diceritakan adalah Lingga, Sri Aman, Sarawak.
Daerah Kecil Lingga yang terletak di Bahagian Sri Aman, mempunyai keluasan 365 batu persegi dan boleh dihubungi melalui jalan darat.
Majoriti penduduk di sini ialah Iban, diikuti Melayu , Cina dan Bumiputer lain. Pekerjaan utama penduduknya ialah sektor pertanian dan berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.
Kampung Lingga terletak di Sungai Batang Lingga mengalir ke Batang Lupar. Sungai ini terkenal dengan buaya ganas yang dikenali sebagai 'Bujang Senang' dan 'Ikan Terubuk Lingga' yang sangat sedap.
Lingga terkenal dengan mitos Gunung Lesong di Ulu Lingga yang mempunyai ketinggian kira-kira 3,000 kaki.
Salah satu daripadanya ialah kepercayaan penduduk bahawa jika seseorang berdoa di puncaknya, doanya akan menjadi realiti.
Misalnya, sembuh daripada penyakit.
Penduduk sekitar juga mempercayai bahawa Gunung Lesong mempunyai ‘penjaga’ sehingga ke hari ini.
Di Pekan Lingga, pengunjung juga boleh memerhatikan keunikan sebuah tiang bendera yang diperbuat daripada kayu belian setinggi 100 kaki. Tiang ini telah dihasilkan oleh penduduk tempatan semasa pemerintahan Raja Brooke. Di sinilah berdirinya Fort Lingga atau Kubu Lingga. Namun kini sudah tiada lagi kewujudannya.
Di Kampung Lingga terdapat sekolah iaitu SK Lela Pahlawan Lingga dan SJK Chung Hua Lingga. Sekolah-sekolah yang terdapat dalam Zon Lingga ialah SK Tanjung Bijat, SK Gran Stumbin, SK Sembayang, SK Pulau Seduku, SK Bakong, SK St. Dunstan Seduku, SK Lela Pahlawan, SJK Chung Hua Lingga, SK St. Paul(M) dan SK Engkranji.
Pejabat kerajaan lain ialah Balai Polis, Pejabat Daerah Kecil Lingga, Pejabat Pos, dan Pusat Pembiakan Ikan Terubuk.
Kini Kampung Lingga dapat dihubungi dengan jalanraya ke Bandar Sri Aman dengan jarak lebih kurang 55 km. Kampung Lingga adalah persinggahan bagi penduduk di tepi sungai iaitu Munggu Sawa, Engkranji, Semulong, Menuang, Langgir, Kerepok, Sekadang, Rabit, Sungai Pisang yang hendak pergi ke Sri Aman.
Rujukan :
-http://abangsalim.blogspot.my/2010/05/kampung-lingga-sri-aman-sarawak.html
-https://gasakamat.wordpress.com/daerah-kecil-lingga/
-http://wilsonchin.blogspot.my/2017/03/bukit-lingga-exploration-at-pantu.html
- http://alexlynbujang.wixsite.com/borneooracle/single-post/2017/01/23/FORT-LINGGA
- Gambar : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10210693333869626&id=1237096090&set=a.10208118737186318.1073742050.1237096090
- Gambar : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=253682648455100&id=100014400995897
-http://lingga.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah/23-sejarah
Home Sejarah Sarawak Lingga , Sarawak
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)