Tattoo atau pantang(bahasa Iban) sangat sinonim dengan masyarakat Dayak lebih-lebih lagi bagi etnik Iban. Zaman dahulu, "pantang" melambangkan kepahlawanan seseorang selepas berjaya menewaskan musuh dalam peperangan (ngayau).
Semakin banyak "pantang" beerti semakin gagah atau terserlahlah kepahlawanan seseorang itu. Pantang "bungai terung" adalah yang paling sinonim dan diminati. Individu yang memiliki pantang seluruh tubuh amat digeruni dan dipandang tinggi dalam mayarakat Iban.
Bagi kaum Kenyah/Kayan pula, golongan wanita lebih sinonim dengan tattoo. Ia melambangkan darjat dan kekayaan seseorang itu. Dan pada ketika itu, wanita bertattoo dianggap cantik.
Pada zaman sekarang, tattoo telah berkembang baik seiring zaman dan banyak artis2 tattoo dari Sarawak yang menempa nama dalam arena ini.
Bagi tattoo moden, nama Reymond Laing adalah antara pencacah tattoo terbaik di Sarawak. Beliau berasal dari Miri dan pakar dalam tattoo potret.
Lihat hasil kerja beliau yang sangat realistik dan setaraf artis tattoo antarabangsa.
Potret terakhir sangat realistik!!!
Photo credit : Reymond Laing
#KD
#SarawakLegacy
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.