Bagi masyarakat Sarawak dahulu , mereka biasa mendengar dan melihat objek berbentuk bola api yang digelar 'polong'.
Ia digunakan untuk melihat sejauh mana kekuatan sihir seseorang. Terutamanya bagi yang baru belajar ilmu hitam. Objek ini dibuat oleh pengamal ilmu hitam menggunakan perantara jin dan iblis. Polong diterbangkan menuju sasarannya setelah dijampi serapah. Apabila polong ini jatuh tepat kepada sasarannya, mangsa akan jatuh sakit.
Objek ini biasanya akan terbang waktu Maghrib malam Jumaat. Meluncur setinggi pokok kelapa. Adakalanya polong ini akan jatuh jika ditunjuk dengan jari oleh mereka yang melihatnya. Polong yang jatuh akan kembali ke bentuk asal iaitu telur.
Nasihat orang dulu, jika melihat polong, maka berteriaklah "polong sik berinduk". Maksudnya, "polong tidak bertuan". Polong yang jatuh seperti ini akan pecah dan tidak mengena sasaran.
Namun hati-hati, terdapat polong yang tidak jatuh dan mengejar mereka yang menegurnya.
Kini, polong jarang dilihat. Mungkin faktor arus moden dan kurangnya generasi kini yang mahu mewarisi amalan khurafat ini.
Penulisan ini merupakan sebahagian pengalam penulis sendiri dan selebihnya melalui rujukan seperti :
-http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=467484.html
-http://kakaktiricinderella95.blogspot.my/2015/08/apa-benda-terbang-tadi-api.html
Catat Ulasan
Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.