Sarawak umum kenaikan gaji berganda serta-merta

MIRI: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, hari ini mengumumkan Kerajaan Negeri turut memberi kenaikan gaji tahunan khas sebanyak satu kali ganda untuk kakitangan awam negeri ini, berkuat-kuasa serta-merta.

Beliau berkata kenaikan itu sejajar dengan kenaikan gaji penjawat awam Persekutuan yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 4 April lalu. "Ya, kita akan memberikan kenaikan gaji satu kali ganda, berkuat-kuasa serta-merta.

Perkara ini saya serahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani) untuk menguruskannya," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengumumkan berita gembira yang sama semasa temu bual khas dengan juruhebah radio di studio mini RTM di Pameran Sejiwa Senada, hari ini, selepas merasmikan program Sejiwa Senada Miri di sini.

"Ekonomi kita sudah bertambah baik, kenapa tidak kita bahagi-bahagikan (kakitangan awam negeri)," katanya.Sementara itu, bagi kakitangan awam Persekutuan kenaikan gaji khas bagi 2018 untuk 1.6 orang penjawat awam seluruh negara itu berkuatkuasa 1 Julai depan.

sumber utusan borneo

Catat Ulasan

Sarawak Post tidak akan bertanggungjawab atas terhadap ulasan/komen anda.TQ.

Distributed by Gooyaabi Templates | Designed by OddThemes